Friday, November 19, 2010

.: Sakit :.

Sakit satu badan bila bangun pagi ni. Tak sangka plak semalam bekerja keras memotong pokok di halaman rumah semalam buat aku sakit satu badan. Nak bangun pun terasa sakitnya weiii....bukan main2 tapi realiti. Pagi2 dah bangun walaupun hakikatnya badan aku rasa cam nak tercabut jer...especially bahu aku dua2 belah ni. As usual my rutin akan bawak my mom pergi pasar borong untuk beli ikan dan sayur-sayuran..
Actually demam selsema aku belum betul2 baik lah..tapi still ok tak teruk sangat. Tapi bila dah mula sakit satu badan nih, demam pun kembali datang...tapi sib baik selsema tu kureng la. Aduhai kalo sampai Ahad still tak ok lagi demam nih, perghhh naya aku nk drive sorang2. Aritu pun masa balik pun tak larat je rasa. Huhuhu...entahlah. Hopefully ok.
Sepanjang ari duk rumah, duk melayan anak2 buah aku yang comel2 dan nakal2 nih. Macam2 la diorang nih. Kalau lappy aku nih, mmg tak pat nk sentuh la. Dah mlm time diorang tido, baru la aku dapat peluang ber'fb'...huhuhu...kijamnya diorang nih. Tak kasi chance langsung kat aku nk online. Huhuhuhu...sib baik aku baik...hihihih.
Okla...chow dulu. Tak larat badan nih.. Nak mkn ponstan lagi b4 tido. Hope badan aku kembali normal esok ari...huhuhu.

Monday, November 15, 2010

.: Dua hari sebelum Aidiladha :.

Isnin. Dua hari sebelum Aidiladha..masih lagi bekerja macam biasa. Huhuhu...boring pun ada. Cadangnya nak siapkan assignment...tp mood pun takde. Haisshh...boringnya esok my lalink takde nih..hmmm. Harap-harap dapat siapkan assignment..at least satu. Kalau boleh b4 pegi USM nak siapkan semua assignment yang ada. Insyaallah..harap² dapat la siapkan semua supaya bila kat USM nanti leh concentrate on study jer....
Petang² camni hujan lebat pulak. Dalam perancangan petang ni b4 lik umah, will having our dinner together...me and lalink's family. Pagi esok diorang dah nak berangkat balik ke Kelantan untuk sambut raya haji.. Aku?? Masih kerja esok...sepetang selepas kerja baru ku pulang. Harap² tak banyak keta dan tak hujan lebat macam sekarang. Kalau hujan lebat, risau jugak la nak balik drive sorang².. Nasib baikla dah repair keta semalam walaupun terbang RM 300....yang penting, safety.
Perasaan tak best dah mula start...huhuhuhu. Nanti tak pat jumpa my lalink for a few days..haisshhh.. tak pat jumpa mat korea tu plak nnt. Winduuu kat diorang semua nanti. Sok keja mesti boring..huhuhu.
Pape pun harap my lalink and family arrive at Kelantan wiv safely. To Mr Nizam, please drive carefully...take care k. Take care of my lalink yang sakit pinggang tu and my two little kids yang tomei² tu.... Love u all..

Saturday, November 13, 2010

.: Mimpi Yang Tak Sudah :.

Malam tadi aku tido awal. Kul 10 dah tido rasanya... Penat pagi semalam jem teruk masa drive...giler ahh time ujan naper mesti jem teruk??? Masa hujan jugak la selalu mesti ada accident. Semua orang nak cepat pergi kerja..bayangkan sepatutnya berapa lane jer jadi 14 lane.. Waahhh...giler. Sampai opis dekat kul 9 pagi tu...my bos pun dah masuk meeting bila sampai. Nak wat camne kan....bukan sengaja lewat. Hihihihi..
Malam tadi rasa panjang lena ku. Sampai mimpi macam2... Especially termimpikan arwah abah yang dok risau dengan mak pasal balance yuran belajar aku. Abah...hmmm, rindunya. Part of that, aku mimpikan pulak si Ikin dok sampaikan mesej mama yang aku tak baper faham. Sebab cam tak complete jer...ntahlah..macam2 version mimpi aku malam tadi.
Pagi ni, aku and my lalink fren nak gi KL. Gi beli stok untuk hantar kat Sarawak. Harap2 sempat pegi tiga-tiga tempat seperti yang dirancang. Harap2 tak jem macam semalam. Alahaiii...

Thursday, November 11, 2010

.: Cuti² Deepavali :.

Tahun ni cuti Deepavali jatuh hari Jumaat. So, cadangnya mula² nak balik Ipoh lepas keja...tapi sudahnya gerak lewat sikit. Pas abih keja, aku gi singgah ke Kajang dulu, nak jumpa anak-anak aku dua orang tu..dah baper ari tak jumpa diorang...rindunyer.. Pas jumpa diorang, terpaksa balik opis balik, sebab broadband aku tertinggal la pulak. 3 hari cuti kat kg takde broadband, nanti boring plak.

Sudahnya aku gerak pas solat maghrib kt surau opis. Wahh...dah malam² raya nih, byk ler keta² kat jalanan. Hiway pun byk keta...so tak leh la nk merempit....bawak pun dalam 90 - 110/kmj jer. Masa tgh drive macam² nak pikir, so rasanya bila drive slow tu ok kot..tp entah ler.
Smpai Ipoh lebih kurang kul 10.30 mlm rasanya..wahhh, penat giler...sebab tak leh speedy kot. Hehehe...utk keselamatan. Ingatlah orang yg tersayang... Dapat tengok mak rasa ilang semua penat drive. Syiok dapat tgk wajah² orang yg tersayang walaupun aku tak pat tgk wajah arwah abah lagi...tp arwah tetap ada dalam hati...

Sempat aku kejut Fareez yg tengah tido sebab nak main² dengan dia. Hehehe.... Nak tido dulu la...sok byk lagi program nak wat.. daaa.

Wednesday, November 10, 2010

.: Demam :.

Semalam aku cuti...cuti sebab demam yang masih bersisa. Hmmm...aku duk kat umah Lalink aku, dia yang bawak aku g klinik masa aku demam. Memang panas giler badan aku. Tapi bila jumpa doktor tak lah tinggi sangat temperature aku. Agaknya temperature tu takut kot time tu. Sehari dok umah....berehat, makan ubat...demam pun ok. Thanks my dear lalink yang kenakan perintah berkurung kat aku....walaupun tak best dok umah sorang2, tak pat ikut g Giant, tapi at least dapat sembuhkan demam ni kan. Really appreciate it walaupun tak best kena tinggal. Huhuhuhu....
A bit busy jugak la kat opis arini..biasala kerja. Walaupun ada saki baki lagi selsema, tapi so far ok la jugak. Tak teruk sangat. Rasanya okla kot. Chow dulu..

Thursday, October 14, 2010

.: Biarkan mereka itu !!:.


Hmm...bangun cam biasa awal pagi. Tapi tak terus mandi, aku pegi kaco lalink frenz aku yang tengah tido. Suh dia bangun mandi..(dengki ler aku nih..haha). Sian tengok dia...muram jer. Dia kata takde mood nak gi kerja. Aku faham situasi dia sekarang. Entahla...kalau lah aku bole ubah dan bole halang semua perkara yang berlaku...alangkah bagusnya.

Seriously, aku memang tak sanggup tengok dia asyik termenung....tension, stress...dengan perkara² yang terjadi. Sampai dia sesak menahan hati atas apa yang berlaku. MasyaAllah...macam² dugaan yang dia terpaksa tempuh lately. Aku harap sangat dia tabah dan bole hadapi segalanya dengan tenang...walau hakikatnya hati dia begitu sakit diperlakukan sedemikian rupa. Aku sendiri tak bole nak terima apa yang terjadi kat diri dia...entahlah, aku merasa sama sakit bila dia sakit.. Aku doakan Allah memberi kekuatan mental dan fizikal untuk dia lalui hari² yang mendatang.

Untuk mereka² yang sengaja dan sering menyakitkan hati sahabat yang aku sayang ini, dah-dah lah tu. Bagilah sahabat aku ini jalani hidupnya dengan aman, tenang dan gembira. Dia tak kacau orang pun...tak sakitkan hati korang pun. Tapi kenapalah korang suka sangat menyakitkan hati dia ??? Tak boleh ker biar dia gembira ???

For my dearest lalink frenz...I always pray for your joy, happiness and wonderful life.. Muaahhh..love you !!

Monday, October 04, 2010

.: Feel Dizzy :.

It's Monday...rasa malas nak kerja hari ni. Rasa nak cuti dan berehat sepuas-puasnya. Time to work..time to do my assignment and everything. So many things I have to finish it. Huhuhuhu... Suddenly, when I walk to our cafe, I feel dizzy...don't know why.
When Monday comes, always feel a bit akward to start the day. Why ??? Black Monday?? or Monday Blues ???

Friday, May 21, 2010

.: 21st May 2010 :.


My besday cake

Me and Larlink frenz

Me wiv my besday cake



Me wiv officemates

It's my birthday today.... Alhamdulillah, I still have a chance to have my 30th birthday this year. Hope for da best in my life,insyaAllah..

Morning..while waiting for my Larlink to come and having breakfast together, I'm surfing da internet at my place. While I'm surfing, my Larlink came and wish me Happy Birthday, she gave me a kisses with lots of love and a box of present. Soo...touching. And we have breakfast together after that.

I saw my Larlink wearing her new silver ring. Nice..very nice. And we continue our job after breakfast. When I'm free, I opened the present and was surprise that I had same ring wiv my Larlink...thanks so much dear.

Today, my Larlink frenz bring me to SR and treat me lunch coz of my besday. We spend our lunch just two of us. And today, my Larlink not sleepy when she was full, but I'm da one who a bit 'mamai' and we have a big laugh because of my 'mamai'...hahahahaha.. How funny I am today !!

Suprisingly...when we go back to da office, my officemate together wiv my Larlink make a surprise to me. They celebrate my birthday with a cake and really surprise to me !! Thanks to all of you, frenzz...

Tuesday, May 11, 2010

.: 11th May 2010 :.

It's almost 5.00 o'clock early in da morning when me and my dear Larlink went out from her house to send her auntie and cousin to LCCT. They will fly back to Kuching this morning. Still dark and not so many cars on..
da road and our journey is sooo smooth. Alhamdulillah...

We return to our home to perfom our Solat Subuh since it's too early to punch card at da office. And after that we slept for a while..coz a bit sleepy. A bit actually when we woke up and try our best to reach da office on time. Hehehe...why we're late?? It's because...hihihi only us would know...

Anyway...I'm soo happy to see my Larlink frenz happy during her birthday. I can't say a word when seeing her happy face, happy smile....happy soul... HAPPY BIRTHDAY Larlink !! May Allah bless you in whatever you are. That's my pray for you for da rest of your life.

I treat my larlink lunch today, to celebrate her besday. What's had happened after we finish our meal today ?? My Larlink sleep on my shoulder for a while because she's too sleepy after having her meal...hahahaha. So sweet to see her face like that. Until da waiter give us a cheeky smiley when he saw my larlink slept on my shoulder. Hahaha..anyway, that's lovely moment are so sweet..

Last but not least...HAPPY BIRTHDAY again to my beloved and special Larlink friend. Love you dear !!! Muaaahhhh !!!

Wednesday, April 07, 2010

.: Blogging Or FBing ?? :.

Mana satu eh?? Blog ke FB ?? Hmm...aku kenal blog since 2003 or 2004 kalo tak silap aku. My 1st entry pun in 2004. Apa yang best pasal blog ?? Apa yang istimewanya FB ?? Honestly, aku lebih suka blogging. Sebab nyer, aku boleh tulis apa yg aku suka dalam blog. Apa yang aku boleh luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni. Biarlah orang tahu ataupun tak, yang penting ia dapat dijadikan satu medium untuk aku luahkan apa yang mengganggu fikiran aku. Dulu masa zaman sekolah, cikgu pernah ajar cara nak luahkan sesuatu andai tak dapat nak kongsi sesuatu masalah dengan orang lain. Tulis atas kertas apa yang terbuku di hati, kemudian bakar... Hmmm..betul ke cara camtu ?? Ya...mungkin juga boleh.


Kini dunia IT semakin berkembang pesat. Facebook mula popular di alam IT. FB bagus untuk menjejak semula rakan-rakan lama yang telah lama terpisah. Boleh buat jejak kasih kat dalam FB ni. Betulll...tak tipu. Seriously, FB telah buat aku kembali berjumpa dengan kawan-kawan lama zaman sekolah rendah lagi. Best kan ??

Tapi...dengan FB jugak aku hampir² kehilangan seorang sahabat yang aku sayang. Hmm....aku mungkin akan mengurangkan aktiviti² aku di dalam FB, sebab melalui FB la aku begitu 'sakit' sampai aku kecewa teramat sangat. Mungkin satu hari nanti aku akan terus meninggalkan FB buat selamanya....

.: Headache :.

Still headache dari semalam.. Macam minor migrain jer..huhuhuhu. Sakit wooo.. Dah lama pagi² nak pegi keja kunci keta dok cari takde plak. Huhuhuhu..gelabah jap pagi tadi. Kot² missing entah ke mana...rupanya ada dalam paper bag yang Anne bagi. Sib baik naik balik umah tadi...kalo tak, kena naik bas la jawabnya. Sebab tak teringat langsung nak cari kat dalam paper bag tu. Huhuhuhuhu...pelupa sungguh. Banyak makan semut masak kicap la nih. Hihihihi....
Sib baikla punch tk merah. Kalo tak..hmmm entah la. Hihihi...watie..watie...apa lah nak jadi. Asik lupa jer...huhuhu.

Tuesday, April 06, 2010

.: Pagi Yang Indah :.

Agak awal dari biasa aku bangun pagi ni. Walaupun hanya awal beberapa minit, ia tetap dikira awal. Hmmm...baju pun baru nak gosok pagi ni. Huhuhu..sbb malam tadi malas nak gosok. Malam tadi aku tido dekat kul 2...hmm, dah biasa tido lewat wat masa ni. Tu yang asik lewat jer. Bangun nak gi keja pun lewat dah sekarang. Tapi...ada sesuatu yang aku rasa bestttt sangat. Malam tadi terungkai segala kekusutan yang melanda. Alhamdulillah....aku harap ianya akan terus pulih seperti sediakala dan aku tak nak lalui semua itu lagi. Sesungguhnya ia sungguh menyakitkan dan mengecewakan...
Mungkin ini dugaan dari Nya yang ingin melihat seteguh mana ikatan persahabatan yg dibina. Sesungguhnya aku pasrah dengan ketentuan yang Dia berikan kepadaku.. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan ikatan persahabatan ini dan amat berharap ia kan semakin teguh hingga akhir hayatku. Aminnnn.....

Monday, April 05, 2010

.: Ubat :.

Hmm...lama drive semalam kat hiway buat aku sakit pinggang. Entah, kali ni rasa penat skit, maybe sebab bercampur dengan stress yang aku alami. Malam semalam susah gak nak tido, sebab rasa sengal sangat. Ingat nak pegi cari ubat untuk kurangkan sakit aku nih, tapi malas pulak and rasa macam tak larat jer. Huhuhu...apalah nasib aku nih.
Jap lagi nak pegi farmasi beli ubat dan macam-macam lagi. Entahla...rasanya sakit macam ni boleh lagi aku tanggung. Tapi sakit dalam hati...hanya Tuhan saja yang tahu. Harap semuanya berakhir dengan baik...

Friday, April 02, 2010

.: I miss my mom :.

Pas keja terus drive balik Ipoh. Rindunya kat my mom, tak tertanggung rasanya. Huhuhuhu...baru sebulan tak balik. Camne lah orang lain yang berbulan-bulan tak balik kg tu kan?? Tak rindu ke diorang kat mak ayah tercinta ?? Aku nih, baru sejam dua berpisah ngn mak pun dah rasa len macam jer.

Sepanjang perjalanan di hiway, kereta mmg byk giler...macam pesta plak. Tak boleh la nk speed pun...lagi pulak kepala aku tengah serabut giler. Entahlah..berapa kali cam nak terbabas je tadi. Tak concentrate bawak keta. Dok pikir macam-macam perkara yang berlaku dua ari lepas. Aku tak boleh biarkan semuanyer berlaku camtu jer. Tapi aku sendiri tak tahu macam mana cara nak pulihkan semua keadaan tu. Rasa tak boleh nak bernafas pun ada bila memikirkannya. Kenapa lah..semua ni jadik eh ??? Kenapa ???

Biarpun aku tersangat gembira bila dapat jumpa mak, tapi dalam hati aku, hanya aku yang tahu betapa terseksanya aku saat ini. Tak tertanggung rasanya saat ini dan tika ini untuk aku terus berada dalam situasi yang aku sendiri tidak suka, aku benci situasi begini. Bila semua ni akan berakhir??? Tolonglah.....

Thursday, February 25, 2010

.: I'm back... :.

Me wiv my Lalink friend


Wahh..lamanyer aku tak update blog aku nih. Memang confirm bersawang-sawang...puas aku bersihkan. Hehehe..still da same. Hmm...pagi ni tiba² rasa nak bukak my blog..dan nak tengok dah baper lama aku tinggalkan. Almost 3 month. Lamanyer...nak kata busy tu tak jugak. Kadang² time byk keja nk buat..ada lah jugak. Tapi almost my time..freee. Hehehe...banyak yang aku nak tulis sebenarnya, cuma kadang² mood tu takde, tu yang jadi tertangguh. Last week baru je aku balik dari Langkawi and Pulau Payar sebab ada program kat sana. Penat memanglah penat..lepas penat berjalan pulak ke Langkawi. Baru puas ati. Hehehe..bergambar sakan wiv my lalink friend...semua tempat kitorang pegi. Cumanyer malas nk upload gambar byk² kt sini. Kalo nak tgk..silalah lihat di mukabuku saya (facebook lah). Situ mcm² gambar yang ada.

Balik dari Langkawi kali ni, hmmm bestnyer. Nak tahu sebab per?? Sebab pegi dgn my lalink friend yang setia bersama aku walau kemana jua. Hihihi..sampai tido kul 4 pagi sama2 pun sanggup tuh. Really love her..no matter what. Entahlah..kali ni memang rasa best sangat. Sebab tak sama dengan hari2 lain walau kitorang pergi berdua. Only she's know whats da difference, rite my lalink?? Hehehe...

Weekend nih dah ada program yang menanti. Especially on Sunday. Hmm..Saturday nite pon dah ada program. Cuma program esok...aku masih tak pasti. Mungkin aku akan ke hospital utk melawat my beloved cousin di Hospital Selayang. Terkejut pun ada bila dapat berita from my sister this morning. Aku perlu utamakan yg lebih penting.

Terasa seronok menulis blog semula. Setelah sekian lama ditinggalkan. Bila asik sibuk dengan mukabuku yang semakin hangat dan semakin ramai kawan² lama yg menjengah facebook. Semakin seronok menggunakannyer. Tapi menulis blog satu kepuasan pada diri sebenarnyer...walaupun kadang² kita merapu, itu adalah hak kita, rite ?? Kita boleh tulis apa yang kita suka..tapi jangan sampai tulis merapu² sampai boleh kena tangkap. Hehehe... Okla, chow.