Thursday, November 12, 2009

.: Cerita Malam Jumaat:.

Hmm..malam ni, aku lepak di tempat yang boleh surfing. Lama tak update blog, sebab tengah kemalasan. Dalam sejuk² selepas hujan turun, aku keluar rumah untuk hilangkan rasa bosan. Banyak betul nak pikir. Baru je tadi borak² ngan housemate psl umah. Entah, aku malas nak cakap per dah. Cuma masih bersabar dengan orang yg suka wat peel di rumah. Aku takut nanti bila aku dah betul² tak boleh sabar, habis budak tu aku kerjakan. Kesabaran aku masih berada di paras normal. Kalau temperature dah naik nanti, tak taula kan. Yelah, selama mana kita sebagai manusia ni boleh bersabar. Kebasaran pun ada had nya. Kalau dah asik wat perangai jer..sape bole tahan. Ye tak? Malam ni kena clear kan baju² yang dah cuci untuk dilipat. Lusa dah nak kena p Langkawi. Kalau tak clear baju² nanti, jawabnya menimbun la nk cuci. Kang aku jugak yang penat. Nak antar dobi, lagi la malasss....

Monday, November 02, 2009

.: Life :.


Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treat you right, forget about the ones who don't, and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said it would be easy, they just promised that it would be worth it. Love and Happiness come hand in hand-one without the other just doesn't make sense. You'll never make it through life trying to make everyone happy. Sometimes you just have to do what's in your heart and not worry about the rest of the world, because they never worried about you. The outcome of pain is growth and you can only grow from what you learn. In life, Allah does not give you the people you want he, gives you the people you need; to teach you, to hurt you, to love you, to make you laugh. To make you exactly the person you should be.

Thursday, October 29, 2009

.: Bowling :.

Haha...last night main bowling la pulak. Aku nyer score..hahaha paling corot. Entah naper entah. Dah la sakit tangan main sampai 4 games. Ikutkan memang tak nak main pun, tapi sian plak ngan member² lain beria-ria ajak aku main bowling malam tu. And maybe this is my last game. Pasni takde la nak main bowling lagi. Tak tau la naper..

Wednesday, October 28, 2009

.: Please...Jot Down Something :.


Hey..please jot something what you like...or something you hate. Last night, I went to Subang Jaya alone. You know what I saw ? I saw a signboard with wording 'Masjid Abu Bakar As Siddiq'. Then I remember...this is the mosque that Yasmin Ahmad had her last Solat Jenazah. She passed away a week after arwah abah. What a shock, Yasmin Ahmad collapsed suddenly at Sri Pentas while she supposed present her proposal to Siti Nurhaliza. 2 days before Yasmin Ahmad passed away..I have contacted Kekure (my frenz name) which she's close to Yasmin Ahmad. This is our sms on that day.

Me : Salam, kekure. Kak Min camne ?

Kekure : Alhamdulillah. Dah lepas tempoh kritikal. Byk2 doa supaya dia cepat sedar. Esok pagi tunggu info dari parents Kak Min.

Me : Alhamdulillah. Pape hal bagitau tau.

Lega sangat on that time when Kekure replied the message.

Around 11.45 a.m, I got sms from Kekure.

Kekure : Kak Min dah takde. Esok kebumi di USJ 22.

What ??? Really shock. I'm at my hometown on that day. If I was in Putrajaya, I think I will give my last tribute to her. I send a sms to my friend which he also admired Yasmin Ahmad.

And a day after Yasmin Ahmad funeral, there's so many story about her. I don't want to argue or talk about her. But from what I know, she's really amazing person. She can talk to you over the phone, without knowing you and she's really friendly, caring and loving. Do you have that opporturnity? No, you don't. But I have...and I can even remember what she'd talking to me. And for that.. I thank her vey much. Al-fatihah.

.: What Is In Your Mind ? :.

Last Sunday, I got this poem from someone. Let me shares with all of you, friends.

When I feel lonely, cheer me up with your voice
When I'm falling sick, cure me with your love
When I die, don't shower me with your tears
And please grave me in your heart
And when I'm lost, help me with your prays...

.: B.O.R.E.D. Day :.



Dunno why I'm so bored today. I am bored since yerterday, actually. But i pretend there's nothing happened yesterday or nothing happened to me. But, it's getting worst and i bring that bored mood from yesterday until today. And today without a good reason, i'm bored with everything. Please..somebody help me. Help me out from this bad situation. I know, there's a way to solve. Just forget about it and make your mind free without thinking the bad, and the worst thing. And cheer up, honey !! And for that reason, I should join the bowling tournament tonight. Yiihhhaaa...andre..andre..

Tuesday, October 27, 2009

.: Aku Tetap Aku :.


Lama betul tak update..dah baper bulan entah. Bukan tak nak update, tapi kadang² takde mood nak update. Huhu...kali ni aku update gak ngan gambo potret aku tu. Chewah..entah sape la yang terer melukis potret aku tu. Aku ingat nak letak beberapa gambar kat Terengganu aritu. Tapi memandangkan kabel pun tak bawa, so takdela nak dapat tengok gambo² tu yer. Sorry..lagipun bukannya banyak pun gambar² kat Terengganu. Walau pape pun, pergi Terengganu aritu jenjalan ngan Anjelina, Ajiz, Sal and Faizal, memang besh banget. Siap makan durian dalam Naza tu. Hahaha..pasni kekawan opis yang naik Naza, kalau bau durian tu, nasib korangla yer. Hahaha....
Bila la nak masuk pulau plak ni. Kalau p ngan geng² cam aritu gi Terengganu, besh gak. Huru hara dibuatnya. Haha..macam² la.. Kononnya aku gi sana aritu tak nak sopping, last² abis duit aku... sutera la, kain pasang la, tudung la...macam². Apa pun memang beshhh....

Thursday, August 13, 2009

.: Kembali Menulis Blog :.

Lama sangat aku tinggalkan blog aku ni. Dah tak terurus. Macam² perkara yang terjadi di Bulan Julai. Yang masih tak boleh aku lupakan, pemergian arwah abah tersayang. Tak perlu aku ulas cerita mengenai arwah, sebab nanti mengundang duka dalam diri aku apabila mengenangkan yang arwah dah takde. Sebagai anak aku sentiasa doakan arwah abah ditempatkan bersama orang² yang beriman. AMIN.

Aku baru saja balik dari Labuan Ahad lepas. Ada mesyuarat dan beberapa program yang Jabatan aku buat kat sana. Especially Mesyuarat Tabung and Perasmian Pejabat Labuan. Ada beberapa perkara yang agak menjengkelkan di sana. Ntahla..malas nak citer kat sini. Sebab nanti hati makin sakit plak. Dah la p sana aku selesema..sib baikla ok takde demam or batuk yang kuat. Kat sana aku beli la souvenier berupa gelang² Kristal dan keronsang mutiara yang cantik. Hehehe..pastu poket pun kering. Hahahaha… Sempat aku beli ketam kat pasar sana..memang best giler. Sampai jer rumah aku terus stim ketam tu…sebab bila stim, rasa manis ketam tu lebih terasa. Bos lama aku yang ajar..maklumlah Cina memang suka makan stim camtu.

Ada gak borong cokelat untuk anak² buah aku yang comel dan kiut miut kat kampung. Nak beli gelang diorang kecik lagi..kang buat jahanam jer gelang² tu. Untuk yang boys pun dapat cokelat je la. Kat Labuan aku tak amik gambar pun…nak tau sebab per ?? Sebab takde mood la..memang tak besh p kali ni. Tapi pape pun aku sempat jumpa member lama kat sana…Rosmariati Agita Ero. Panjang giler nama dia.

Wednesday, July 08, 2009

.: Goodbye :.

I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize all you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong
You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but good-bye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure I'm worthy of
Losing you is painful to me
You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say good-bye

Monday, July 06, 2009

.: Hari-hari Yang Berlalu :.

Dah masuk bulan 7. Dah melewati separuh tahun 2009. Cepatnya masa berlalu. Sepanjang setengah tahun ni tak banyak yang aku capai. Masih lagi berusaha dan terus berusaha. Semangat gitu. Minggu lepas macam-macam dugaan yang aku hadapi. Dan apa yang berlaku harus aku terima dengan redha. Hidup mesti diteruskan, walau apa pun yang terjadi. Huhuhu...semangat membara lagi. Positifnya aku semakin berhati-hati, setiap langkah perlu lebih cekap. Chewah...cam polis lak. Kui..kui..kui.. Lapo la plak. Nak p cari nasik jap la. Bye......

Thursday, June 18, 2009

.: Inilah Aku :.


Balik dari Redang aritu, mood aku dah tak berapa bagus. Bukan sebab penat bekerja di Redang, tapi penat berfikir. Banyak sangat nk difikirkan..psl kwn², famili, abt life, hmm..mcm² la. Entahla..pegi keja pun mcm takde mood je skg. Tak tau lah...mungkin skg tak sama cam dulu. But life must go on. Keja tetap keja..hidup mesti sentiasa diteruskan. Yang pasti aku akan terus melangkah ke hadapan...

Wednesday, June 17, 2009

.: Futsal :.

Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.

Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Sejarah

Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

.: Badminton oh Badminton :.

Malam tadi team JTLM turun gelanggang untuk training badminton. Tengah² main ada satu group datang dan beritahu yang diorang pun main pada malam yang sama. Diorang dah booking lama and every Tuesday night diorang main. So, dah clash la...but after discuss dengan diorang so keputusan dah diambil. Kena gilir² main. Fair and square la. Cuma malam tadi yang tak bestnya baru je aku start main, baru pukul 4-5 kali, tangan aku tiba² jammed. Tak bole pukul, terus jadi cam longlai jer. Aku terus stop, kuar court minta Bita ganti. Aduhai, mmg sakit la. Terus sapu cream panas, lepak kat tepi. Nak pegang botol mineral pun tak mampu. Huhuhu..lepas rileks jap, aku ajak Anis ngan Bita balik. Sebab aku tak larat je rasa. So, drive balik pun tangan kiri je main peranan, sebab tangan kanan aku memang tak leh function time tu. Before balik, makan jap kat kedai mamak and terus balik. Pas solat aku terus tido bersama² tangan yang masih injured. Huhuhuhu...

Tuesday, June 16, 2009

.: Kenapa ? :.

Kenapa agaknya bila kita sedih
tak ada orang yang kisah
tak ada orang yang peduli
sampaikan kita rasa
dunia ini bukan untuk kita

Kenapa agaknya bila kita susah
kawan-kawan menjauh
kawan-kawan pura-pura sibuk
kawan-kawan bukan lagi kawan

Kenapa agaknya bila kita suka
ada yang iri hati
tidak puas hati
cuba menyakitkan hati
pura-pura baik untuk sedapkan hati

Kenapa agaknya
bila kita tanya kenapa
mereka tidak menjawab dengan rela
sebaliknya membalas dengan kata-kata
kau peduli apa ?

Kenapa agaknya
insan begini wujud
dalam hidup kita
yang semakin kelam
semakin hiba

Kenapa..kenapa agaknya ?

.: Sepi :.

Baru balik dari Pulau Redang atas urusan kerja. Ceritera di Pulau Redang akan menyusul kemudian. Masuk kerja bos takda sebab cuti. Seronok la jugak. Sempat pergi buat pasport di pejabat Imigresen Kajang..sebab member ckp yg kat Putrajaya punye opis tak leh buat pasport. So, pergila ke Kajang. Time bos takde la nk buatnya. Jam 4.30 aku dah kuar opis sebab rasa a bit tension wiv one of my colleague. Entahla...susah nk ckp. Balik umah, solat, mandi pastu kuar balik sebab nk p opis jap. Ada benda tertinggal.

Pas Maghrib aku kuar sebab ada training futsal kat cyberjaya. Pergh..dah berbulan2 tak main sejak aku duk Putrajaya, akhirnya dapat gak turun padang. Penat? Tak payah cakap la... tapi okla tak teruk sangat. Puas sangat sebab dapat score 3 gol. Perghh...besh2. Lama tak main dengan group Shah Alam. Entah bila nak main lagi ngan diorang.

Lepas main bos pun sampai, agaknya nak tengok kitorang perform kot. So, semua dah penat tengah rileks suh bos belanja minum. Apa lagi lepakla kat kedai mamak singgah minum. Aku pesan tose ngan milo panas sebab lapar plak.

Dekat pukul 12 malam baru sampai umah. Pas mandi and solat Isyak, tengok tv jap. Pastu siap tempat tido..landing time. Sempat tengok hp buat kali terakhir before tido. Hmm..takde pun sms dari dia..tiba-tiba rasa sepinya tanpa berita dari dia.

Monday, June 15, 2009

.: Rindu :.

Rindu..
tak mengenal usia
tak mengenal paras rupa
tak mengenal siapa dia
yang kau rindu itu
bukanlah dia yang selalu
bertakhta di hatimu

Mengapa resah itu
kian menggamit di lubuk hati
kerna tak mungkin nanti
ia kan lenyap dibawa bayu
yang merentas lalu di ufuk timur

Pergilah kau wahai rindu
yang sering mengganggu
mindaku yang semakin bercelaru
kerna tak mungkin ku bisa
lontarkan rinduku
pada sang bulan
yang mungkin tiada kelihatan

Thursday, May 21, 2009

.: My Bestday :.






It's my bestday again. No matter how old I am, I still feel younger everyday. Hahaha..perasan. Betul la. 17hb aritu aku dah sambut bestday awal sebab celebrate sekali ngn my fren, Azie. Tahun ni we all sambut kat Putrajaya...picnic style. Beli piza, junk food skit pastu lepak kat garden Putrajaya. Okla jugak kan..lain dari yang lain. Tapi aku cam malas2 je masa tu sebab time petang-petang camtu aku lebih suka lepak umah tengok tv ataupun tido. Hehehe... Birthday aku pada 21 Mei, tapi tahun ni aku ada exam pada masa birthday aku. Exam PTK. Jawab pun tah pape sebab tak baca buku. Hahaha..padan muka aku.

Pas abis jawab soalan, member² opis lak celebrate bestday aku kat KFC Alamanda. Huhuhu..meriah la sebab ramai yang datang. Celebrate sekali ngan Aida sebab bestday dia 22hb lak. Tak la aku shy sangat. Hehehe... Pas makan² ngan diorang aku ngan member aku terus ke Metro Kajang untuk karaoke. Hahaha.....giler karaoke sekarang.

Saturday, May 16, 2009

.: Pulau Langkawi & Pulau Payar :.


Bergambar di atas pentas

Jeti Pulau Payar
Di Jeti Pulau Payar
Bersama staff Pulau Payar
Breakfast time

Kat Pantai Cenang tgk Pertandingan Sand Castle

Pada 5-10 Mei yang lalu aku ke Pulau Langkawi & Pulau Payar atas urusan kerja. Ada sambutan Hari Bumi & Hari Bertemu Pelanggan dan Lawatan Y.B. Menteri ke Pulau Payar. Walaubagaimanapun Y.B. Menteri tidak dapat datang dan diganti dengan Y.Bhg. Dato' KSU kitorang. Agak penat dengan persiapan yang perlu dibuat dan agak kelam kabut. Tapi seronok jugak.

Lepas acara kemuncak barulah dapat rileks sikit. Berkesempatan main bowling dan karaoke pada sebelah malam. Naik cable car sebelum balik KL, sempat ke makan mahsuri yang dah banyak perubahan.

Beli coklat macam-macam sampai abis duit aku. Huhuhu....tapi yang penting happy dan seronok.

Wednesday, April 15, 2009

.: Yuna - Dan Sebenarnya :.

Oh bulan
Jangan layan diriku lagi
Pabila...
Air mata membasahi pipi
Dan lagu2 di radio
Seolah2 memerli aku
Pabila...
Kau bersama yg lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Telah menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah...jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih....bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu
Kau juga... merindui aku oh

.: DeMaM :.

Tat buah yang ck Aen kasik

Dah masuk 4 ari aku demam. Demam+selesema..memang menyeksakan. Balik ot ari Sabtu aritu dah mula rasa tak sedap badan. Tapi mls layan sangat. Agaknya demam terkejut sebab kena 'kacau' kat lif kot masa ot aritu. Hehehe..entahla. Takkan lah kot. Pas ot aritu aku siap p Jusco Taman Equine, pastu p Mydin...pastu singgah plak kat Carrefour Alamanda. Ada barang-barang yang aku nak beli tapi takde kat satu-satu tempat tu. So, tu yang kena p banyak-banyak tempat tu.

Arini bespren aku kasik tat buah..yummy. Dia oder kt kawan dia tu. Ish..ish..comei jer tat tu. Macam syg je nk mkn. Tapi bukan aku mkn sorang tau..kongsi ngn kwn² kat opis ni. Rezeki...baik share sama² kan.

Selsema aku dah nk ok pagi tadi masa kat umah. Ni bila sampai opis, duk dalam aircond, mula lah selesema balik. Aduhai...bila nak abis ini selesema hah ??

Monday, March 30, 2009

.: Kursus Di Port Dickson :.

Pandangan dari balkoni bilik aku
Kat tepi pantai..(pesal jadik gelap gambo ni)

Sampai jer terus posing dulu

Cute tak I senyum ?

26-29 Mac aku berada di Port Dickson, sebab handle kursus Jabatan aku. Hotel Le Paris, Port Dickson. Hotelnya agak lama..tapi oklah. Ada tempat main bowling..tepi pantai, ada swimming pool. Ada beberapa perkara yang aku kureng suka masa handle kursus ni. So, sesiapa yang seangkatan dengan aku dia tau la perasaan aku masa tu. Especially Anis..dia turut memahami.

Tapi ada gak peristiwa yang melucukan yang aku dan Anis tak dapat nak lupakan. Korang nak tau ker?? Rahsia la beb. Tapi memang cam tak caya jer.. hehehe.
Okla...saje nak letak gambo² yang aku tangkap kat PD ni hah. Layanzz...!!

Tuesday, March 24, 2009

.: Hmm..Buhsan :.


Apa nk buat arini ? Pagi² aku dah antar Ros ke erl, dia nk naik flight ke Kuantan. Ada meeting katanya sampai Jumaat ni. Hari ni hujan turun agak lebat di sesetengah tempat. Masa aku nk sampai opis, hujan baru nk turun. Awan pun kelabu jer..rasa mcm dah nk mlm. Lambat jugak sampai opis pagi tadi. Sampai je terus p breakfast ngn my colleague, mkn bihun sup..tingin nk mkn. Pas mkn terus lik opis, mula wat keja yang sepatutnye. Chewahh..mcm la byk sgt kerja. Hehehe... Patutnya nk p PD arini, tp still tunggu one of my frens masuk opis. Entah, mcm mls jer nk pegi. Mula² rasa cam excited je nk pegi. Maybe sebab hujan kot, tu yang mood pun down jer. Aiseh, ngantuk banget dong ! Bos dah bagi permission utk pegi, so takde halangan dah. Cuma takut ujan lebat je kt hiway nnt. Okla, chow dulu.

Friday, March 20, 2009

.: 2nd Tag From Yatt :.

Yatt..ko memang tak leh tengok aku senang skit. Huhuhu...kena jawab la jugak yer..



1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" ni untuk diletakkan di blog.
Dah siap pun!

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Si Yatt ni lah yang tag aku atau nama sebenarnya Cik Su****. Dia ni dulu kawan satu gim ngan aku. Konon² nak kuruskan badan masing²...tp dia tak la gemuk, tapi ada drumstick...hahaha.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.


Aku tak biasa tipu² ni, so aku jawab jujur-sejujurnya la yer. Menipu tu kan dosa. Ishh..tak baik tau ! Cikgu kite kat sekolah dulu marah kat orang yang suka menipu.

1. aku ade teddy bear kesayangan (cikgu@mama) aku kasik masa beday aku yang ke-27)


2. aku ade beskal mountain bike LeRun (abg aku hadiahkan sempena aku dapat PMR 7A)


3. aku suke main badminton, futsal ngan batu seremban. tapi dah lama tak main la.


4. aku suke pegi window shopping sorang² sebab aku leh buat apa yang aku suka.


5. berat aku skang 73kg...asik makan jer, mana tak gemuk. Lagipun aku bukan mintak makan kat orang lain pun, so, who cares ?


6. suke naik motor laju² sebab best...


7. nak buat bungee jumping sekali seumur hidup, sebab tengok dalam tv macam best jer.


8. orang kate aku comel dan awet muda. Tak tipu, betul tau ! Selalu orang tak caya bila tanya umur aku.


9. suke balik kampung bersama ikan aku yang comel dan cute macam tuannya jugak.


10. sape nak blanje aku tgk wayang? Aku belanja diri aku sendiri la...


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

.: Tulips is My Favorite :.

Cantik tak tulip ni ? I prefer tulip than roses, don't know why. Kembangnya tulip lagi cantik dari kembangnya si bunga mawar. This week my days are all mixed. Happy, sad, angry, frustrated..and so many expression which I can't elaborate here. Hanya mereka² yang seangkatan denganku yang benar² memahami. Pagi tadi pun aku dah rasa macam nak lempang seseorang kerana ke'bongek'an dia. Hehehe...tak pasal² je hot tempered pagi² Jumaat ni. Kejap je dah nak lunch. Ada orang nk belanja McD plak arini. Bestnya... Chow dulu la yer.. hehehe.

Thursday, March 19, 2009

.: I've Been "Tag" :.

Siott jer..aku kena tag ngn si Azie.. Kena la menjawab nmpaknya..

Your instructions:Once you've been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you.At the end, select a few people to be tagged, listing their names and why you chose them.Don't forget to leave a comment (''You're tagged!'') and to read your blog.You can't tag the person who tagged you.Since you can't tag me, let me know when you've posted your blog, so I can see your weirdness.1.

1. I have been in.. KL/Putrajaya sin April 2007.

2. I have been in.. Natural Resources Environment Ministry in about One and A Half Year, and now I'm working at Marine Park Malaysia.

3. I was born at.. Ipoh, Perak. Famous with Tambun pamelo

4. I have a..small, cutest and lovely car.. my Ikan.

5. I have...3 brothers, 2 sisters, 8 nieces, 5 nephews and I'm the youngest in my siblings.

6. I want to go... Makkah to perform my Haji but I don't know when because still don't have enough money.

7. My future husband... hmm, so many criteria, can't I just ignore this question ?

8. I have...a motorbike which my dad bought for me since 1996. I was in form 4 on that year.

9. I am afraid of...Allah, and other animals especially snakes.

10.My mum said...I always cried when my brother bother me..(when I was a kid la)

11.I like to... cooking, especially cookies, chocolate cakes, western food.

12.My future husband... same question again. Next question please....

13.I like to... play badminton, futsal, paintball...

14.Last Time... I..hmm, don't know what to write. Sorry guys..

15.My top secret is... I love eating....that's why I'm chubby.

16.Final... I want to have my own Restaurant and live happily with my future
husband/family and round the world.

Ok, that's all for now.

Tuesday, March 17, 2009

.: Souvenier From Australia :.


Ni lah souvernier yang my boss belikan dari Australia. Actually dia pegi Papua New Guinea, ada meeting. Tapi kat sana takde souvenier katanya. Tak kisah pun, tak bagi pape pun takpe. Yang penting dia selamat pulang. Hehehe..

Friday, March 13, 2009

.: My Lappy :.


This is my new lappy. I've bought it one weeks ago. HP Mini. So far so good. Cute sangat, sebab kecik jer. Easy for travelling and very light. Sayang sangat kat lappy I ni, sebab macam² I dah masukkan. Tengah cari wallpaper Liverpool sebab I peminat Liverpool.. Okla..saja nak tayang laptop mini I ni.

Monday, February 16, 2009

.: Senyumlah Wahai Teman :.


Senyumlah..sekalipun engkau tidak mampu
melahirkannya dengan ikhlas
seikhlas hatimu seperti mana
kau mendapat sekuntum bunga

Lenyapkan dukamu dengan senyumanmu
yang paling manis, paling ayu
kerna diakhir nanti mungkin
kau akan menerima senyuman
paling ikhlas dalam hidupmu

Jangan dipaksa senyuman itu
yang suram itu bukan kamu
yang gundah itu tidak seperti kamu
yang selalu mengharungi liku-liku hidup
dengan penuh ceria, indah mempersona

Senyumlah wahai teman
tinggalkan episod dukamu
di atas kayangan ciptaanmu
senyumlah...sesungguhnya
senyuman itu penawar
hati yang terbaik untuk dirimu
dan diriku...

.: Tahu..Ke Tak Tahu ! :.


Tahu ke tak tahu..
Jangan pura-pura tahu...
Kalau tak tahu..

Pura-pura tak tahu...
Walaupun tahu...
Buatkan engkau macam dungu..

Hei, dungu aku bosan denganmu..
Sikap ketidaktahuan mu buatkan aku jemu..
Merapik dalam jaga mu
Bukan noktah pembohonganmu

Tahu ke tak tahu..
Kalau dah tahu, jangan jadi dungu..
Tak tahu buat cara tak tahu..
Jangan tunjuk pandai, tunjuk laku..

Thursday, February 05, 2009

.: Dinner At Rainforest Bistro :.


Bestday Gurl Bersama Spaghettinye
Spaghetti Ngan Wedges Chicken Pineapple
Baby Cupcakes Untuk Bestday Gurl
Nani With Her Bestday Cake
Picture With Bestday Gurl
Me With Baby CupCakes
With Carrot Cake
Depan Sunway Pyramid
Lepas Maghrib aku, Zie ngn Azie p ke opis Azie utk amik kek yang kitorang oder. Aku oder kek karet sebab dah lama tingin nak mkn. Azie lak oder cupcakes untuk besday Nanie. Pas amik kek, aku singgah amik Nanie kat umah pastu terus pegi. Dah sampai Sunway Pyramid kitorang pun pegila mencari Restoren Borneo..tak jumpa, sudahnya pegi la makan kat Rainforest Bistro sebab dah lapar. Dah la nak kena jalan jauh, dari parking ke tempat makan dalam 15 minit...berpeluh rasanyer. Masuk je bistro tu terus oder Chicken Pineapple ngn Wedges plus air lemon tea. Harga ?? Hmm....jangan cakapla kemahalannyer....hehehe. Lepas makan Azi pun kuarkan la cupcakes dia. Hehehe...terkezut Nanie tengok. Surprisseeee !! Padahal dalam keta aku bagi jawapan bodo je bila Nanie tanya kek apa tu. Sori eh Nanie, kalau tak..tak surprise la yer...

Wednesday, February 04, 2009

.: It's Saturday...:.

Hehehe..ape la tajuk post aku arini. Memang la Sabtu kalau dah Saturday tu. Pagi Sabtu aritu aku awal² pagi dah bangun dan bersiap nak ke KL. Sebelum ke KL aku singgah ke Taman Warisan, beli nasi lemak ayam dara. Tu pun sebab awal² Zie dah pesan suh bawak makanan. Lepas makan kitorang memulakan aktiviti ke Amcorp Mall, sebab ada Jualan Lelong Koleksi Artis. Ramai artis yang ada, Eja, Anita Sarawak, Dania Danielle, Faizal Ismail, Leya, Amani, KRU, Dafi, Maya Tunku Sabri, Chef Wan...sape lagi ek. Ramai la..Mawi ngn Siti Nurhaliza pun ada. Yang pasti ramai datang nak tengok artis jer...yang nak beli tak ramai pun. Kitorang p tengok jer..pastu p shopping. Pastu bila lapar kitorang p makan kat Seri Melaka..aku makan nasi goreng belacan, katanye pedas...tapi hampeh jer...tak pedas langsung. Last² aku mintak cili padi. Baru sedap makan. Pas dah makan dan ronda untuk beberapa kali aku n da geng pun balik la. Tu pun dah pukul 4 lebih. Balik nak rehat........

Wednesday, January 28, 2009

.: Pemandangan Indah Bagi Aku :.




Ni gambar² yang sempat aku amik guna handphone aku masa on the way balik KL naik bas aritu. Jalan jammed la jugak, sebab semua orang nak balik lepas cuti CNY baru² ni. Cantik gak masa tu. So, tu yang gatal je tangan nak snap gambar. Sampai Putrajaya dalam 9 lebih. Pas makan layan tv la, pe lagi. Kul 12 lebih baru leh tido. Pas abis tengok tv. Hmm..malas nye nk p keja.. Maklumlah dah lama cuti.