Wednesday, January 05, 2005

.: TAHUN KETIGA :.

Hari ni genaplah tiga tahun aku bekerja di sini. Tiga tahun memberikan aku pengalaman kerja sebaik saja habis belajar. Alhamdulillah, aku dapat memberikan mak sedikit duit untuk perbelanjaan harian walaupun pendapatan aku tidaklah sebanyak mana. Aku bersyukur diberikan pekerjaan ini kerana diluar sana masih ramai yang menganggur setelah menghabiskan pengajian di universiti. Kalaulah aku mengamalkan sikap terlalu memilih, sudah pasti aku tidak bekerja di sini. Dan aku juga akan menjadi salah seorang penganggur yang berjaya tanpa sebarang pekerjaan dan masih terus menanti bulan jatuh ke riba. Setiap kali client yang datang ke office, akan bertanya dua soalan yang aku sendiri dah lali mendengarnya. Dah lama kerja ? Boss ok ke ? Soalan seperti ini biasanya bangsa kita sendiri yang seringkali tanya. Mungkin sebab bos aku Cina. Bagi aku tiada sebarang masalah yang timbul antara kami, aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai pekerja, begitu juga dengan bos aku sendiri. Dan kami sudah seperti sebuah keluarga dalam menjayakan syarikat ini... Aku harap andai aku tidak lagi bekerja di sini, syarikat ini akan terus maju dan cemerlang. Terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk bekerja dan mencari pengalaman di sini..