Tuesday, April 06, 2010

.: Pagi Yang Indah :.

Agak awal dari biasa aku bangun pagi ni. Walaupun hanya awal beberapa minit, ia tetap dikira awal. Hmmm...baju pun baru nak gosok pagi ni. Huhuhu..sbb malam tadi malas nak gosok. Malam tadi aku tido dekat kul 2...hmm, dah biasa tido lewat wat masa ni. Tu yang asik lewat jer. Bangun nak gi keja pun lewat dah sekarang. Tapi...ada sesuatu yang aku rasa bestttt sangat. Malam tadi terungkai segala kekusutan yang melanda. Alhamdulillah....aku harap ianya akan terus pulih seperti sediakala dan aku tak nak lalui semua itu lagi. Sesungguhnya ia sungguh menyakitkan dan mengecewakan...
Mungkin ini dugaan dari Nya yang ingin melihat seteguh mana ikatan persahabatan yg dibina. Sesungguhnya aku pasrah dengan ketentuan yang Dia berikan kepadaku.. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan ikatan persahabatan ini dan amat berharap ia kan semakin teguh hingga akhir hayatku. Aminnnn.....

No comments: