Thursday, December 22, 2005

.: Cintaku & Cintamu :.

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi
dan ....
meski kamu tahu
cintamu mungkin tak terbalas
tapi.....
kamu tetap mencintainya......

Pernahkan kamu merasakan
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai
meski kamu tahu ia takkan pernah peduli
ataupun....
ia peduli dan mengerti
tapi...
ia tetap pergi....

Pernahkah kamu merasakan....
hebatnya cinta...
tersenyum kala terluka..
menangis kala bahagia...
bersedih kala bersama...
tertawa kala berpisah...

Aku pernah...
aku pernah tersenyum meski ku terluka
kerana...
ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia

kerana...
ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu saja
aku pernah bersedih kala bersamanya

kerana....
ku takut kan kehilangan dia suatu saat nanti

dan....
aku juga pernah tertawa...
saat berpisah dengannya
kerana...

sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan....
Tuhan pasti tlah menyiapkan cinta yang lain
untukku.....

aku tetap bisa mencintainya
meski ia tak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
kerana...
memang cinta ada dalam jiwa bukan dalam raga

semua orang pasti pernah merasakan cinta
orang tua...
sahabat....
kekasih...
dan akhirnya pasangan hidup.....

buat temanku yang sedang jatuh cinta
ku ucapkan selamat...
kerana cinta itu sangat indah
semoga kalian selalu bahagia...

buat temanku yang sedang terluka kerana cinta...
hidup itu bagaikan roda yang terus berputar
satu saat akan berada di bawah
dan hidup terasa begitu sulit

tetapi...
keadaan itu tidak untuk selamanya
bersabarlah dan berdoalah

kerana cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu

buat temanku yang tidak percaya akan cinta
buka hatimu...
jangan menutup mata akan keindahan dunia
maka cinta akan membuat hidupmu
menjadi bahagia...

buat temanku yang mendambakan cinta..
bersabarlah...
karna cinta yang indah..
tak terjadi dalam sekejab...

Tuhan sedang mempersiapkan sgala yang terbaik
bagimu...

buat temanku yang mempermainkan cinta...
sesuatu yang begitu murni dan tulus
bukanlah untuk di permainkan
cinta bukan suatu kehampaan
semoga kalian berhenti mempermainkan cinta
dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya....

Friday, July 29, 2005

.: Nukilan Untuk Aku :.

Manusia lahir ke bumi dengan pelbagai amanah dan juga kehendak yang dipikul bersama dengan nafsu yang segar dan syaitan yang terpilih bersama dengan panduan Al-Quran dan Sunnah Nabi beserta hadis yang cemerlang. Bayi yang berjanji sebelum lahir pun akan turut menangis bila melihat sahaja bumi dan dunia yang bakal menjadi medan perjuangannya, Mengapa perlu menangis kata penciptaNya , aku takut dan insaf katanya, maka syaitan terus menerpa dan berkata selamat datang ke dunia nafsumu, berbahagialah dengan pemberianku, dan ibu pun merangkul dan mencium serta bapa pun mengangkat dan bertakbir seraya mengamat ke cuping telinga bayi itu.

Oleh itu bila sudah dewasa bayi yang kecil tersebut sudah melangkah pelbagai dugaan dan cabaran serta godaan namun sejak umur 1 hari hingga kini ada yang telah melakukan 100 kali kesalahan dan kemungkaran berulangan tanpa disedar tanpa diragui. Jadi mengapa perlu menangis wahai dewasa yang dulunya kecil tapi kini sudah dewasa. Mengapa perlu kesal dan mengapa perlu mengasingkan diri, bangunlah dari kealpaan dan kejahilan wahai saudaraku, wahai kawanku, wahai keluarga ku dan wahai diriku, kerana tidak lama lagi dunia akan menjadi hancur sepertimanalah hancurnya kita pada tanah dan bumi.

Wahai manusia, dunia akan hilang dan akhirat akan menjelma. Pasti dia menjelma dan PASTI KITA AKAN MENEMPUHINYA SERTA PASTI KITALAH PENGHUNINYA.

Antara Kehidupan Dan Kematian, yang manakah menakutkan ? Antara Mata Dan Hati, yang manakah lebih benar ? Apakah kita masih membina titian di atas sungai yang kering ? Apakah kita memijak bumi sedangkan fikiran kita bagaikan cermin. Kemanakah arah langkah, dimanakah arah ummah ? Jangan sesekali kita reba. Bagaikan luka yang sudah bernanah.

Manusia takut bila kaya, Manusia berani bila miskin, Manusia buta bila berilmu, Manusia beriman bila cetek, Manusia sombong bila tinggi, Manusia rendah bila berpeluh, Manusia berakal bila susah, Manusia bernafsu bila mewah, Manusia jahil bila beragama, Manusia celik bila asyik keduniaan, Manusia mengejar keduniaan tapi kematian menungu di pengakhiran. Bila mana manusia sujud di waktu malam, siang ataupun tidur, mungkin tidak dikala tidur, apabila Dia memanggil kita pulang, maka dunia ini kita tinggalkan. Cukupkah bekalan kita di sana nanti ?

Wednesday, July 13, 2005

.: Beautiful Words :.










Friday, July 01, 2005

.: Hakikat VS Sebenarnya :.

HAKIKATnya.....Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan si dia. Walaupun sekadai "HAI" daripada si dia, ia sudah cukup untuk menenangkan hati anda.

SEBENARnya.....Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

HAKIKATnya.....Jangan jadi terlalu baik "saya akan merindui kamu". Jangan terlalu mengambil berat "saya mungkin menyukai kamu". Jangan jadi terlalu 'sweet' "saya mungkin jatuh hati kepada kamu".

SEBENARnya.....Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi si dia.

HAKIKATnya.....Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

SEBENARnya.....Masa akan menentukan segalanya, jika si dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

HAKIKATnya.....Jangan melarikan diri dari 'CINTA' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya, kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

SEBENARnya.....Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita dan yang paling berharga ialah hatinya yang ikhlas.

HAKIKATnya.....Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang tidak kita ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah, bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

SEBENARnya.....Masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu, atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

HAKIKATnya.....Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu ?" Jawab titis air mata kedua, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja".

SEBENARnya.....Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu saja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

HAKIKATnya.....Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada.

SEBENARnya.....Bahagian 1 - Orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.Bahagian 2 - Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
Fikirkanlah.....

HAKIKATnya.....Cinta itu membuat anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

SEBENARnya.....Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.

HAKIKATnya.....Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

SEBENARnya.....Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu, kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu amat manis. Tetapi jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

HAKIKATnya.....Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah/kecewa jika anda bertangguh.

SEBENARnya.....Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayagi betapa pentingnya dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga akan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain.

HAKIKATnya.....Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

SEBENARnya.....Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah. Dia layak mendapat cinta anda.

HAKIKATnya.....Ruang kosong di antara celah-celah jari kita di cipta untuk dipenuhi oleh jari-jari insan yang kita sayangi/cintai.

SEBENARnya.....Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

OLEH DARI ITU.....
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda sedari. Apabila anda bercinta, ia bukan 'pasport' untuk anda DIFAHAMI tetapi ia adalah untuk anda MEMAHAMI.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MENGAMBIL ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda DIAMBIL.

Ia bukan 'pasport' untuk anda DIDENGARI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MEMINTA ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR, BERKORBAN DAN BERTOLAK ANSUR. Ia bukan 'pasport' untuk anda BERKIRA-KIRA tetapi ia adalah untuk anda MENCINTAI....

Thursday, June 02, 2005

.: Tolong Ingatkan Aku :.

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan aku...

Tuesday, May 24, 2005

.: TuEsDay BLuEs :.

After been off yesterday ( Wesak’s Day ) it's quite hard to start my day today. A bit lazy to wake up early in the morning. Just settle out my assignment and passed it to my group’s member for final editing. But I still haven’t finished two more topics. Really… really perhaps, today I can make it. I have to responsible with my tasks. Today, I just check out my result online. Hmm, how to say about it ? Satisfied or not ? Overall I satisfied with it, but this is not confirm yet from Senat until I receive the slip from university.

I’m quite happy with the Database’s result. Even I haven’t complete my final project for Database. Hopefully it’s true and no changes with that. I know, Mr Norris helps me and others for that paper. I still remember how stupid I answer his questions for the quiz. He not angry with that but just smile. He’s very cool man. Me and my friends always came late into his class, but he understands for that matter. We have to wake up early in Sunday morning, it’s really hard, actually. Because it’s Sunday ! But it’s really enjoy to stay in his class. Sometimes feel blur but he never give up teach us until we understand. I must thank to him when I get real result from Senat.

Saturday, May 21, 2005

.: Epi Berdey Tu Me :.

It's my birthday again. I've got very cute present from my little nephews, Isma and Najmi. The small note in Love shape wrote by Isma, 5 years. I'm so impressed. I love them so much, even they always teasing me until I get mad. Then, they will say sorry for that. It's quite bored to attend 2 different wedding ceremony today, but I have to. One is my mom's relatives, and one is my old friend which I'm not too close but my sister asked me to go with her, because my friend is also her husband's relatives. What are co-incident, huh?
I have to settle my assignment by today. It really make me headache. To sort all the things, edit it again and again. It's suck. After getting tired attending the wedding, I have to concentrate with it. Until 6.30 p.m, I haven't finished my job. My diskett got some problem, ohh man. All data inside the diskette. It's really make me turn blue, migrain. I just stop and shut down my pc. Stay in front of my tv, waiting for Sin Chan Cartoon. It's could release my tension, perhaps.
Oh by the way, tomorrow I have another wedding ceremony. No excuse. Aiyaa..how to diet if like this ?

Wednesday, May 18, 2005

.: Sesaat Bila Terlupa :.

Banyak perkara yang kita buat kadangkala melalaikan. Aku sendiri kadang kala leka dengan apa yang aku buat di bumi bertuah ini. Lupa yang kita dilahirkan sebagai khalifah untuk mentadbir alam. Lupa pada tanggungjawab sebenar mengapa kita dilahirkan. Jangan kau palingkan aku dari terus menyembahMu, Ya Allah. Kadangkala aku rasa kehidupan di muka bumi ini terlalu complicated sampai kadang² aku tertanya² mengapa semua itu dan ini terjadi. Daripada pelbagai persoalan itulah membuatkan aku terus berfikir, mencari punca apa sebenarnya yang berlaku. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab yang tertentu yang kadangkala kita tidak perasan, atau pura² tidak tahu. Aku kadangkala diuji dengan pelbagai dugaan yang aku sendiri tidak duga, kadangkala ianya datang bertubi². Andai aku tidak kuat dan tabah, dapatkah aku lalui semuanya dengan tenang? Hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita diuji dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Sesaat kita terlupa kepadaNya, maka rugilah kita sebagai hambaNya kerana kita hanya tahu menggunakan nikmat yang diberikan, namun tidak pernah berterima kasih di atas segala nikmat yang dikurniakan.

Monday, May 16, 2005

.: Aku Masih Di Sini :.

Aku masih di sini,
menanti hari esok,
apakah akan ada kebahagian yang menanti,
bersama harapan yang kian suram,
sekelam hatiku yang digamit resah..

Kupujuk rasa hati,
lupakan duka yang bersarang di jiwa,
namun hatiku terus berkata,
apakah akan ada harapan di hujung sana
yang belum pasti keindahan rupanya..

Andai aku terus begini,
mungkinkah segalanya kan berubah,
walau terdetik di hati ni,
tidak mungkin ianya kan terjadi,
dengan hanya aku mendiamkan diri..

Thursday, May 12, 2005

.: JaNgan MenSia²Kan MaSa YaNg TiNgGaL :.

Semalam sempat aku berjumpa dengan Juju sebelum balik ke Ipoh. Lunch sama² makan claypot rice kat Food Court di CM sambil borak². Banyak benda yang aku dapat dengar dari mulut dia, celotehnya buatkan aku hilang mengantuk. Padahal sebelum jumpa dia, aku rasa macam nak tidur je. Aku menjadi pendengar setianya setiap kali ada something yang dia terpaksa tempuhi. At least, she still has someone to listen to her problems. Sempat kitorang pergi jalan-jalan kat dalam Kotaraya dan dia seperti biasalah, mana boleh balik dengan tangan kosong kalau dah ke Kotaraya tu. Pastu dia ajak aku ke Petaling Street pulak. Takde benda yang kitorang beli pun. Meja² dvd kat tengah² jalan tu pun dah takde, bagus pun. Senang sikit aku nak jalan, kalau tak tu terpaksalah bersempit². Sempat lagi dia ajak aku singgah ke gift shop sebelum masing² berpisah dengan hala tuju masing². Sedar tak sedar jam dah dekat pukul 4.00 petang.

We have to make a move. Aku tak kisah, but dia patut masuk opis balik kul 4, tapi by that time, dia still tak naik bas nak balik opis. Aku jalan kaki menuju ke Puduraya, ambil tiket dan balik Ipoh. Terlelap kat dalam bas, sebab letih sesangat. Sempat lagi jawab call dari Azidah masa tengah syiok tidur. Pastu aku terus terjaga sampai Ipoh.

Monday, May 09, 2005

.: GuBra Oh GuBra :.

Filem selepas Sepet. Ipoh sebagai lokasi penggambaran. Seronok aku mendengarnya, mungkin aku berpeluang melihat penggambaran yang mereka akan lakukan. Tetapi itu pun bergantung masa dan keadaan aku. Mungkin masa mereka shooting, aku sibuk dengan kuliah, atau sibuk dengan assigment, tapi bagi aku itu semua boleh diadjustkan...sebab aku yang menguruskan masa. Hahaha... Dah lama aku tak gunakan perkataan Gubra ni, rasanya guna masa time skolah je dolu². Nampaknya akan digunakan balik kot perkataan ni.

Well,untuk filem Gubra ni aku harap semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kekangan yang mendatang. Apalah, ayat pun dah tak berapa betui ni. Hope to see Yasmin Ahmad while she direct the Gubra. All the best !

.: Tidur Yang Tak Lena :.

Aku masuk tidur pukul 12.00 malam sebaik saja habis tengok The Apprentice. Mata aku terasa mengantuk tapi langsung tak mahu lena. Agaknya sebab otak aku still berfikir masa aku nak tidur, sedangkan mata dah mengantuk. Entahlah, banyak sangat yang aku pikirkan malam tadi, macam² sampai aku terlena pun dalam pukul 3.00 pagi. Itupun puas aku cuba untuk tidur, gelisah betul aku malam tadi. Sedar² pagi tadi dalam pukul 5.00 lebih bila terdengar mak dah bangun. Mata aku tak mengantuk langsung masa tu. Apalagi, bangunlah siap untuk solat Subuh. Habis je solat, kononnya nak mengaji sekejap dah alang² tak boleh nak tidur, tup² lepas abis solat, mata ni punyalah mengantuk. So, amik keputusan tidurlah kejap. Elok² nak mula tidur, hilang mengantuk. Sabar jelah..kalau mengaji tadi pun bagus. Ni semua hasutan setan suruh tidurlah ni. Rasa macam nak tembak je setan² yg kacau aku ni. Setan betul diorang. Sudahnya aku terkebil² sampai pagi, terus siap nak gi kerja. Alahai...

Thursday, May 05, 2005

.: Kopi oh Kopi :.

Pagi ni masa nak sarapan aku tertuang kopi ke dalam cawan. Maka aku pun menuangkan balik kopi tu ke dalam teko. Nasib baiklah tak minum lagi. Kalau tak, tak taulah. Aku pun naik heran, apesal lah ramai yang suka kopi. Even anak saudara aku yang kecik tu pun suka. Kalau aku, sorilah. Kalau nescafe tu, aku boleh maapkan lagi. Kadang² bila anak saudara aku tanya kat mak aku, kenapa aku tak minum kopi, mak akan jawab yang aku takut hitam. Ceh...aku memang dah hitam pun sekarang ni. Entah arr, aku memang tak leh nak telan. Even kalau pergi rumah sedara mara pun, aku memang tak minum kalau dah dihidangkan ngan kopi. Mesti aku minta air masak ke, coca cola ke.. Lagi satu, aku perhatikan kopi ni kalau dibancuh, mesti kena guna gula yang banyak. Tu yang aku tak boleh tu. Mak cakap, kalau orang kat kampung, time hujan tak dapat gi menoreh ke or ke sawah, diorang akan bancuh kopi pekat-pekat, makan ubi rebus ke or cicah ngan biskut lutut, perghh...sedap. Tapi aku jawab, tu sebab ramai yang kena kencing manis sebab banyak minum kopi. Lebih baik minum teh o cam aku ni. Segar jer rasa, nak²nya tambahkan dengan daun pudina. Beshh...

Tuesday, May 03, 2005

.: HaPPy BiRtHday, Mak ! :.

Hari ni birthday mak yang ke 54. Aku tak tau nak belikan mak apa. Ingat nak celebrate birthday, tapi for sure dia tak suka punya. Macam beberapa tahun lepas, kitorang punyalah plan adik-beradik nak wat surprise, tapi mak tak macam tak suka. Tapi takpelah, aku ingat nak wat kek untuk mak. Kek kacang merah, faveret aku dan mak. Aku doakan mak supaya sentiasa diberkati Allah, panjang umur dan sihat tubuh badan disamping sentiasa ceria bersama cucu-cucunya yang semakin membesar dan nakal. Especially Nana, cucu yang kadang-kadang memanggilnya mak. Tergugat kedudukan aku sekejap..hehehe.

Bulan May ni ada 5 orang yang celebrate birthday, mak, abang Heri, aku, 2 orang anak saudara yang lahir pada hari yang sama cuma masa yang berbeza iaitu Aqif dan Najmi.

Tuesday, April 26, 2005

.: Pagi Yang Indah Ini :.

Rutin yang sama pada hari bekerja. Kadang-kadang terasa bosan juga. Agaknya aku ni memang pemalas nak pergi kerja kot. Hmm, pagi ni dapat sms dari Shida pasal kelas hari Ahad yang aku tak pergi selepas lunch time. Tajuk assignment dah pun dapat. Tinggal nak start buat je. Tengah cari idea sambil sambil bekerja. Tak tahulah nak buat apa, hmm rasa beku jap otak ni pagi-pagi. Puas fikir malam tadi pasal part time job untuk computer tutor tu. Aku tak pergi pun lagi jumpa mamat yang offer kerja tu. Kadang-kadang rasa macam malas jer, tapi ada dua sebab kalau aku buat job tu. Sementara study aku ni tak banyak benda nak kena buat, baiklah aku amik job tu !

Saturday, April 23, 2005

.: Apa Kan Terjadi.. :..

Apa kan terjadi,
Andai bumi terbelah dua,
Langit jatuh ke bumi,
Hujan turun tanpa henti,
Alam sepi tanpa penghuni..

Apa kan terjadi,
Andai matahari tidak lagi bersinar,
Sang bulan menghilangkan diri,
Kegersangan melanda bumi,
Manusia tidak lagi berdiri di sini,
Berlari ke langit mengejar bintang berkelipan..

Apa kan terjadi,
Andai Allah menghentikan segala rahmatNya,
Kepada kita,
Segala NikmatNya tidak lagi dapat kita rasai,
Petunjuk dan pedoman dariNya tidak lagi diberi,
Sudah bersediakah kita ?

.: Bermulanya Kuliah :.

Aku bertolak dari Ipoh jam 7.30 pagi. Menaiki bas Plusliner kegemaranku seperti selalu. Kuliah akan bermula jam 2.00 petang. Dan masih agak awal apabila aku sampai ke KL nanti, lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sepanjang perjalanan aku menikmati keindahan alam, tumbuhan yang menghijau di kiri kanan jalan membuatkan aku rasa begitu segar dan nyaman. Mengintai di sebalik pepohon durian yang tumbuh melangit, sudah berbuah kah atau belum. Belum musim durian nampaknya, jika tidak sudah pasti berbakul-bakul buah durian dijual di sana sini. Banyak perkara yang sempat aku fikirkan semasa dalam perjalanan.

Semester pendek kali ni, cukuplah masa untuk aku rileks sikit. Entah banyak atau tidak assignment yang bakal aku buat untuk subjek ini. Harap-harap boleh score untuk subjek ni, harap-harapnya begitulah... seperti selalu.

Friday, April 22, 2005

.: No Matter How Big Is Your Problem, The Important Things Is How You Handle The Problem :.

Minggu ni saja dua hari cuti umum. Bos aku pun dah mula masuk office hari ni setelah beberapa hari cuti. Main golf kot. Banyak benda aku settle kan dengan dia pasal kerja-kerja ni. Then,discuss pasal client itu dan ini,problem itu dan ini. Bos aku hari ni banyak benda yang dia sampaikan pada aku, so dengar jelah. Sedikit sebanyak ada benda yang aku dapat. Dia memang suka memotivasikan aku dan dirinya sendiri. He's a good boss to me. Yang akan aku ingat sampai bila-bila bila dia cakap pasal masalah. Katanya, 'No matter how big is your problem, the important things is how you handle the problem..'. I think that's why he successful in his business and life. Tiba-tiba aku teringatkan pada Juju yang tengah ada masalah.

.: Dua Berita Yang Berbeza :.

Malam tadi sebelum aku tidur,aku dapat sms dari Juju. Dia tak dapat jumpa pada hari Sabtu ni, ahh frustnya. Aku dah plan lama dah, sebab actually nak buat surprise, nak celebrate birthday dia...hmm, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Aku tak pasti apa yang dia terpaksa berdepan sekarang,tapi bunyinya dia memang tengah sedih and tension. Aku balas sms dia pagi ni. Tapi takde sebarang respon,sebenarnya aku still risau pasal dia. Aku dapat sms dari Maz pukul 3.00 pagi yang terpaksa balik ke kampung. Cousinnya meninggal. Tapi aku tak pasti sakit atau apa. Maz juga tak dapat jumpa pada hari Sabtu ni. So, terpaksalah aku batalkan segala rancangan..Frust, memang frust sesangat. Apa nak buat ?

Tuesday, April 12, 2005

.: 3rd Screening,"Rabun" :.


Gambar ni aku ambil dari blog TSC boss, Yasmin Ahmad. Jangan marah, ya ! Rabun screening last week kat officenya, di Leo Burnett. Aku still takde chance nak pergi tengok film screening yang dia buat every Friday. Hari tu masa first screening, cerita Satyajit Ray's 'Pather Panchali', aku ingat nak pergi,nama dah listed dah, tapi tak dapat. Sebabnya aku diserang demam tak kebah. Frustnya masa tu, tak usah cakaplah. Lepas tu Kak Yasmin meneruskan aktiviti di malam Sabtu dengan tayangan filem-filem hebat. Bukan aku tak teringin, memandangkan shownya malam, so susahlah sikit aku nak pergi. Sebab kalau aku turun KL, aku kena berharap pada public transport. Kalau dah malam-malam, aku tak berani sangat nak naik public transport sengsorang. Macam-macam hal pula nanti. Melainkan kalau ada yang sudi nak hantarkan aku balik ke rumah sewa Azidah kat Kerinchi, kecil tapak tangan, satu Kuala Lumpur aku tadahkan.

Alahai, tengok gambar diorang ni, menjeleskan aku lagi jer.


.: Happy Birthday, Ibu ! :.

Hari ini kalau tak silap aku, birthday ibu, Puan Zabedah Musa. Ops, cannot put Puan anymore, she's a Datin now. Datin Zabedah Musa. Dah lama tak jumpa dengan ibu, sejak dari tahun 97' lepas bercuti di rumahnya. Bila dah sibuk sambung belajar, dah kurang contact. Sekarang aku pun tak sure ibu stay kat mana, sebab rasanya dia dah tak duduk lagi kat rumah lamanya di Taman Lip Sin,Bayan Baru, Penang. Entah bila boleh dapat jumpa ibu lagi.

Hopefully, ibu sihat, panjang umur dan murah rezeki di samping keluarga tersayang. Happy 47th Birthday, Ibu !

Tuesday, April 05, 2005

.: Aku, Sue dan Bibi's Cactus Garden :.


cactus garden
Originally uploaded by watie.


Pemandangan dari Bibi’s Cactus Garden. Aku suka kaktus yang ada kat sini. Macam – macam ada. Yang warna kuning, oren, merah, berduri, berbulu, panjang, pendek semua ada. Kebanyakan kaktus yang ada kat taman ni, di beli dari kedai bunga dan ada setengahnya diberi oleh student Cikgu Bibi. Dah lama sebenarnya gambar ni, tapi aku suka sangat dengan kaktus yang ada kat sini. Memang cantik dan cute. Dulu aku ada juga bela kaktus, tapi tak tahan lama. Mungkin sebab aku tak pandai jaga kot…

Sunday, March 20, 2005

.: SUTUN - S.O.T.O.N.G :.

Drama SUTUN ditayangkan buat kali kedua di RTM pada 14 Mac 2005. Sehari sebelum paper Database aku. Malam tu, sambil aku buat revision sambil aku menonton SUTUN. Buat revision time iklan lah. Second time aku tengok cerita ni, mengalir air mata aku. Cerita ni mengisahkan seorang budak lelaki yang 'lembut' dan dia ni selalu kena ejek dengan masyarakat sekeliling. Adik, watak utama dalam SUTUN dilahirkan sebagai seorang lelaki, tetapi sifatnya lembut seperti perempuan. Bapanya yang tertekan dengan keadaan itu, selalu marah dan pukul Adik diatas kelembutannya. Adik jadi macam tu mungkin kerana semasa kecil maknya selalu pakaikannya pakaian perempuan. Adik hampir - hampir terjebak ke lembah maksiat apabila suatu hari Adik melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap ayahnya dan mengikut rakannya yang sama keadaan sepertinya untuk bekerja. Sewaktu Adik berada di tempat itu, dia telah diberi nasihat oleh seorang yang lebih berpengalaman dan beliau juga seperti Adik. Sisa hidupnya dihabiskan di kaki lima, dan ketika itulah Adik seperti tersedar dari mimpi. Dia terus beristighfar dan teringatkan ayahnya di rumah. Adik pulang semula ke rumah setelah menyedari kesilapan yang mungkin dilakukannya. Adik akhirnya berjaya menjadi seorang doktor dan membina kehidupan bersama isteri dan anak-anaknya.

Bagi aku, di dunia ni memang ada orang macam Adik. Dulu aku sendiri tidak paham kenapa ada orang macam ni. Dan kemudian, aku tahu jawapannya. Kurniaan Ilahi. Sama-samalah bersyukur di atas apa jua kurniaanNya kepada setiap hambaNya.

Friday, March 11, 2005

.: Row, row, row your boat...eh, not boatlah. Ferry ! :.


Feri Penang
Originally uploaded by watie.


Ni gambar aku dengan Juju masa on the way nak ke Penang. Dalam feri yang baru bergerak. Aku suka menyeberangi laut menaiki feri sebab aku suka tengok laut. Kalau pergi Penang mesti kena naik Feri sekali, ikut jambatan sekali. Wajib. Memang wajib. Tak kiralah pergi bercuti dengan family ataupun dengan kawan-kawan. Aku memang suka Penang sejak kecil lagi. Best, memang best sebenarnya Penang ni. Dah banyak pembangunan, sampai dah naik sesak. Dulu masa di Taiping, boleh dikatakan dua minggu sekali mesti aku dan kawan-kawan ke Penang bila bosan di hujung minggu. Main bowlinglah, pergi main snow kat Megamall. Pusing komtar, Bukit Jambul. Laut kat Penang dah banyak yang ditambak. Laut pula ada di setengah tempat dah semakin kotor. Aku suka seafood kat Teluk Tempoyak, memang best. Ambil angin kat Padang Kota di waktu malam sambil tengok orang main layang – layang. Rindunya pada Penang…

Thursday, March 03, 2005

.: DATELINE :.

Projek untuk Database aku belum siap. Pening kepala nak buat. Guna My SQL yang aku langsung tak reti. Buku yang ada pun tak bagi instruction dengan betul. Paper work pun belum settle lagi, dah nak kena develop Database. Kalau boleh guna Microsoft Access, dah lama siap aku punya Database. Kalut aku dibuatnya, dahlah SQL ni banyak problem, system tak supportlah, apalah. Pening, pening…projek mesti hantar sebelum final. Final minggu depan je, banyak bab aku tak cover lagi. Aduh…nilah akibatnya kalau tak nak siapkan projek awal-awal. Padan muka aku !

Monday, February 28, 2005

.: SePeT - Filem Kedua Yasmin Ahmad :.


sepet
Originally uploaded by watie.


Filem yang aku tunggu dari tahun lepas, akhirnya muncul di panggung kat sini. Walaupun ada lapan scene yang dah kena cincang dengan LPF,tapi aku enjoy menontonnya kat TGV baru-baru ini. Tanpa melibatkan pelakon-pelakon popular, SePeT berjaya mencuri hati penonton. Banyak scene yang aku suka especially sewaktu Jason menari dengan lagu 'Dia Datang..', nampak selamba. Aku tak nak ulang sinopsis cerita SepeT ni sebab boleh baca kat website SePeT. Aku suka tengok Orked sentiasa ayu berbaju kurung. Dan part ending paling menyentuh perasaan, walaupun mula-mulanya aku blurr. Bagi aku, Jason tak mati. Dia yang jawab call Orked dan pretend he's ok. Memanglah bunyinya macam tak logik, tapi suka hati akulah nak ending macam mana.

.: BUATMU TEMAN :.

Teman,
Hadirmu tanpa diundang,
Pergimu tidak kuhalang,
Namun kau tetap disisi,
Di saat aku memerlukanmu.

Teman,
Semalam kau menyapaku dengan girang,
Tapi mengapa wajahmu muram kini,
Membisu tanpa suara meresahkan hatiku,
Jangan kau sembunyikan dariku teman,
Walau sekelumit resah yang menodai jiwamu.

Teman,
Jangan kau titiskan airmatamu, saying,
Jangan kau kelamkan hatimu,
Hanya kerna fikiranmu buntu,
Luahkanlah apa yang terbuku dihatimu kepadaku.

Teman,
Saat kau berduka, aku bersuka ria,
Saat kau menangis, aku ketawa,
Bukan kerna aku bahagia,
Sekadar berselindung di sebalik duka,
Namun buatmu teman,
Takkan kubiarkan lagi dirimu
Menangis buat kali kedua,
Ini janjiku padamu, teman,
Selagi hayat masih ada…

Sunday, February 27, 2005

.: Aduhai Gigi... :.


Bukan Gigi Aku
Originally uploaded by watie.


Demam mengejut tempoh hari berlangsung sampai dekat 2 minggu. Orang kata demam tak kebah. Aku mencari punca camana aku boleh dapat demam teruk kali ni. Sampai dekat dua minggu jugalah aku tak makan, nak minum pun kena pikir 44 kali. Betapa teruknya kali ni. Biasanya malam memang demam aku menjadi semakin teruk. Sekejap ok, sekejap ko. Rupa – rupanya gigi geraham bongsu aku nak tumbuh, aduhai..sakitnya. sampaikan nak makan kanji yang mak aku masak pun aku tak boleh nak makan, kalau makan pun terus telan. Tak dapat nak menikmati kesedapannya. Masa tu keinsafan diri pun memang ada lah. Selalunya masa aku nak tidur, time tu perut lapar. Aku terkenangkan kat orang – orang kat tempat lain yang langsung tak makan berminggu – minggu they still can survive, ini kan pula aku yang baru diuji camtu. Sikit jer pun, dah rasa macam nak kiok je. Insaf memang insaf.

Tuesday, February 22, 2005

.: Tinggal lah..... :.

Urusan pengebumian atuk harus diselesaikan pagi ini. Pagi-pagi lagi aku dan keluarga sudah berada di hospital. Jenazah atuk akan dikafankan di hospital. Sempat kukucup dahi atuk buat kali terakhir sebelum kafannya disempurnakan oleh Pak Arif. Perjalanan ke kampung terasa begitu dekat tidak seperti selalu. Mungkin Allah memudahkan perjalanan bagi kami.Jenazah di sembahyangkan di masjid sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Ramai yang menziarahi atuk buat kali terakhir di masjid. Dan aku tidak mampu menahan air mata dari terus mengalir. Aku dan keluarga mengiringi jenazah atuk hingga ke tanah perkuburan. Aku berdiri di depan pusara atuk sewaktu mereka mengambuskan atuk di dalam liang lahat. Talkin dan doa dibaca. Aku begitu sebak. Selesai sudah urusan pengebumian atuk, aku dan keluarga mengambil kesempatan melawat kubur arwah opah, acik, ayahngah, nyang dan keluarga terdekat. Alfatihah ku hadiahkan buat mereka. Hampir jam 12.00 tengahari kami melangkah meninggalkan atuk yang baru berada di alam baqa'. Tinggal ya tok.. pah, acik dengan ayahngah dah lama tunggu.... Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Monday, February 21, 2005

.: Perginya Seorang Insan :.

Petang itu,aku ke hospital setelah diberitahu atuk dihantar ke Hospital Ipoh. Aku sendiri masih tidak sihat ketika itu. Namun aku gagahkan jua untuk menjenguknya. Tiba di hospital, Mak Long dan Pak Long sudah ada. Namun mereka sendiri tidak pasti, yang mana satu atuk. Mungkin sebab badan atuk yang dah semakin kurus itu. Aku tiba di sebuah katil yang kelihatan doktor masih memberikan rawatan kepada seorang pesakit. Aku pasti itu atuk. Aku masuk dan melihat mereka memberikan rawatan. Ya Allah, mulut atuk kelihatan darah mengalir, pekat sekali. Mereka memasukkan tiub ke dalam mulut atuk, aku sendiri tidak pasti untuk apa. Akhirnya aku disuruh keluar oleh mereka. Atuk tika itu sudahpun tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, doktor memanggil mak dan keluarga terdekat. Dia memberitahu bahawa atuk sudah pun brain dead. Aku terpempan mendengar. Aku lihat mak begitu tenang dan pasrah. Yang pastinya mak redha dengan pemergian atukku yang seorang itu.

Wednesday, January 05, 2005

.: TAHUN KETIGA :.

Hari ni genaplah tiga tahun aku bekerja di sini. Tiga tahun memberikan aku pengalaman kerja sebaik saja habis belajar. Alhamdulillah, aku dapat memberikan mak sedikit duit untuk perbelanjaan harian walaupun pendapatan aku tidaklah sebanyak mana. Aku bersyukur diberikan pekerjaan ini kerana diluar sana masih ramai yang menganggur setelah menghabiskan pengajian di universiti. Kalaulah aku mengamalkan sikap terlalu memilih, sudah pasti aku tidak bekerja di sini. Dan aku juga akan menjadi salah seorang penganggur yang berjaya tanpa sebarang pekerjaan dan masih terus menanti bulan jatuh ke riba. Setiap kali client yang datang ke office, akan bertanya dua soalan yang aku sendiri dah lali mendengarnya. Dah lama kerja ? Boss ok ke ? Soalan seperti ini biasanya bangsa kita sendiri yang seringkali tanya. Mungkin sebab bos aku Cina. Bagi aku tiada sebarang masalah yang timbul antara kami, aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai pekerja, begitu juga dengan bos aku sendiri. Dan kami sudah seperti sebuah keluarga dalam menjayakan syarikat ini... Aku harap andai aku tidak lagi bekerja di sini, syarikat ini akan terus maju dan cemerlang. Terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk bekerja dan mencari pengalaman di sini..