Wednesday, April 07, 2010

.: Blogging Or FBing ?? :.

Mana satu eh?? Blog ke FB ?? Hmm...aku kenal blog since 2003 or 2004 kalo tak silap aku. My 1st entry pun in 2004. Apa yang best pasal blog ?? Apa yang istimewanya FB ?? Honestly, aku lebih suka blogging. Sebab nyer, aku boleh tulis apa yg aku suka dalam blog. Apa yang aku boleh luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni. Biarlah orang tahu ataupun tak, yang penting ia dapat dijadikan satu medium untuk aku luahkan apa yang mengganggu fikiran aku. Dulu masa zaman sekolah, cikgu pernah ajar cara nak luahkan sesuatu andai tak dapat nak kongsi sesuatu masalah dengan orang lain. Tulis atas kertas apa yang terbuku di hati, kemudian bakar... Hmmm..betul ke cara camtu ?? Ya...mungkin juga boleh.


Kini dunia IT semakin berkembang pesat. Facebook mula popular di alam IT. FB bagus untuk menjejak semula rakan-rakan lama yang telah lama terpisah. Boleh buat jejak kasih kat dalam FB ni. Betulll...tak tipu. Seriously, FB telah buat aku kembali berjumpa dengan kawan-kawan lama zaman sekolah rendah lagi. Best kan ??

Tapi...dengan FB jugak aku hampir² kehilangan seorang sahabat yang aku sayang. Hmm....aku mungkin akan mengurangkan aktiviti² aku di dalam FB, sebab melalui FB la aku begitu 'sakit' sampai aku kecewa teramat sangat. Mungkin satu hari nanti aku akan terus meninggalkan FB buat selamanya....

.: Headache :.

Still headache dari semalam.. Macam minor migrain jer..huhuhuhu. Sakit wooo.. Dah lama pagi² nak pegi keja kunci keta dok cari takde plak. Huhuhuhu..gelabah jap pagi tadi. Kot² missing entah ke mana...rupanya ada dalam paper bag yang Anne bagi. Sib baik naik balik umah tadi...kalo tak, kena naik bas la jawabnya. Sebab tak teringat langsung nak cari kat dalam paper bag tu. Huhuhuhuhu...pelupa sungguh. Banyak makan semut masak kicap la nih. Hihihihi....
Sib baikla punch tk merah. Kalo tak..hmmm entah la. Hihihi...watie..watie...apa lah nak jadi. Asik lupa jer...huhuhu.

Tuesday, April 06, 2010

.: Pagi Yang Indah :.

Agak awal dari biasa aku bangun pagi ni. Walaupun hanya awal beberapa minit, ia tetap dikira awal. Hmmm...baju pun baru nak gosok pagi ni. Huhuhu..sbb malam tadi malas nak gosok. Malam tadi aku tido dekat kul 2...hmm, dah biasa tido lewat wat masa ni. Tu yang asik lewat jer. Bangun nak gi keja pun lewat dah sekarang. Tapi...ada sesuatu yang aku rasa bestttt sangat. Malam tadi terungkai segala kekusutan yang melanda. Alhamdulillah....aku harap ianya akan terus pulih seperti sediakala dan aku tak nak lalui semua itu lagi. Sesungguhnya ia sungguh menyakitkan dan mengecewakan...
Mungkin ini dugaan dari Nya yang ingin melihat seteguh mana ikatan persahabatan yg dibina. Sesungguhnya aku pasrah dengan ketentuan yang Dia berikan kepadaku.. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan ikatan persahabatan ini dan amat berharap ia kan semakin teguh hingga akhir hayatku. Aminnnn.....

Monday, April 05, 2010

.: Ubat :.

Hmm...lama drive semalam kat hiway buat aku sakit pinggang. Entah, kali ni rasa penat skit, maybe sebab bercampur dengan stress yang aku alami. Malam semalam susah gak nak tido, sebab rasa sengal sangat. Ingat nak pegi cari ubat untuk kurangkan sakit aku nih, tapi malas pulak and rasa macam tak larat jer. Huhuhu...apalah nasib aku nih.
Jap lagi nak pegi farmasi beli ubat dan macam-macam lagi. Entahla...rasanya sakit macam ni boleh lagi aku tanggung. Tapi sakit dalam hati...hanya Tuhan saja yang tahu. Harap semuanya berakhir dengan baik...

Friday, April 02, 2010

.: I miss my mom :.

Pas keja terus drive balik Ipoh. Rindunya kat my mom, tak tertanggung rasanya. Huhuhuhu...baru sebulan tak balik. Camne lah orang lain yang berbulan-bulan tak balik kg tu kan?? Tak rindu ke diorang kat mak ayah tercinta ?? Aku nih, baru sejam dua berpisah ngn mak pun dah rasa len macam jer.

Sepanjang perjalanan di hiway, kereta mmg byk giler...macam pesta plak. Tak boleh la nk speed pun...lagi pulak kepala aku tengah serabut giler. Entahlah..berapa kali cam nak terbabas je tadi. Tak concentrate bawak keta. Dok pikir macam-macam perkara yang berlaku dua ari lepas. Aku tak boleh biarkan semuanyer berlaku camtu jer. Tapi aku sendiri tak tahu macam mana cara nak pulihkan semua keadaan tu. Rasa tak boleh nak bernafas pun ada bila memikirkannya. Kenapa lah..semua ni jadik eh ??? Kenapa ???

Biarpun aku tersangat gembira bila dapat jumpa mak, tapi dalam hati aku, hanya aku yang tahu betapa terseksanya aku saat ini. Tak tertanggung rasanya saat ini dan tika ini untuk aku terus berada dalam situasi yang aku sendiri tidak suka, aku benci situasi begini. Bila semua ni akan berakhir??? Tolonglah.....