Tuesday, September 30, 2008

.: Yeii..Yeii..Esok Raya ! :.

Lemang Yang Sudah Siap Nak Dibakar

Esok dah nak raya ?? Wah, rasa kejap je dah nk raya eh. Hmm...pejam celik pejam celik dah sebulan puasa. Pagi² lagi aku dah bangun sebab nak buat persiapan untuk raya esok. Bakar lemang dah jadi rutin tiap² tahun aku dgn abg aku membakar lemang. Macam biasa sekarang ni lemang jagung dgn lemang ala² claypot dah jadi juadah wajib. Tahun ni 8 batang lemang aku bakar. Sib baik abg aku cuti..so bolehla dia menguruskannya. Buluh lemang sekarang ni pun dah naik harga. Aku pun pelik...yelah sebab buluh lemang tu bukannya kena tanam pun. Amik kat hutan jer. Tu pun mahal, sampai RM 2.50 sebatang. Mahal..mahal..
Rendang Ayam Kampung

Tahun ni wat rendang ayam kampung 4 ekor..tu sebab kena guna kawah, senang nak mengacau nya nnt. Aku yang tak larat nak tengok² kan api, kot² padam. Kejap-kejap masuk dalam rumah, rehat jap. Dalam kul 3.00 petang barulah semuanya settle especially lemang..sebab kena betul² dah masak la...kang tak pasal pulak makan lemang mentah.
Berbuka hari terakhir di bulan Ramadhan dengan lemang, rendang ayam, daging kicap, sambal tempe, kuah kacang... tak sempat nak tunggu di pagi Syawal, kitorang dah belasah dulu. Ari last memang penuh la rumah aku dengan semua adik beradik, anak² buah..chewaahhh macam la semua duk jauh. Aku je yang duk jauh..yang lain semua duk dekat ngan umah mak aku. Apa-apa pun...esok dah raya weiii !!

Wednesday, September 17, 2008

.: Ronda-ronda Di KLCC :.

Sabtu lepas aku dengan Has ada appoinment dekat Wisma Central & Megan Avenue II. Fuhh..sib baik dekat dengan KLCC, tapi penat gak la nak jalan kaki. Settle dua² appoinment kitorang singgah KLCC jap, nak rest. Penat tu... Sementara tunggu Has masuk toilet Premier yang kena bayar RM 2 sekali masuk tu, aku snap la beberapa gambar yang menarik. Orang masa tu tak berapa ramai. Lepas je pusing² kejap kat KLCC, aku dengan Has terus p Sogo pulak sebab nak tunggu member² lain kat sana. Ada wat gathering berbuka kat sana.
Sekali tersnap gambar bangla la pulak

Ni amik dari atas

Gambar gerai² yang diambil dari atas

Gambar buluh..macam angklung lak

Gambar dari dekat..

Monday, September 15, 2008

.: Berbuka Di Shangri-La Putrajaya :.

Depan entrance Shangri-La

Jumaat lepas (12 Sept), aku dengan member opis pergi berbuka di Shangri-La Putrajaya. Saja nak berbuka bersama..it's for the first time. Kitorang sampai sana dalam pukul 6.00 petang. Duk lepak² kat lobby dulu, pastu lebih kurang kul 6 lebih barulah lepak di cafe pulak. Masa mula² tu, tak ramai pun...ingatkan takde orang. Pastu tak lama pastu, macam pesta lak. Ramai nya umat Nabi Muhammad nak berbuka kat Shangri-La.. Jamah la gambar² makanan kat bawah yer..


Kat cafe dgn Ck Aen

Depan fountain Shangri-La

Juadah berbuka kami

Tengokla..ada sate, ikan & ayam panggang

Lamb chop & chicken wings

Seafood..my favourite. Ada kupang, udang, daging bakar

Sedapnya cheese cake, chocolate cake nye manis sikit..kuih tako pun sedap

Wednesday, September 10, 2008

.: Nor Shireen Qistina :.

Kt umah abg aku

Kt dalam bilik aku

Kt pizza hut Tesco Ipoh

Comel sangat la tu...

Wednesday, September 03, 2008

.: Nasi Ambeng@Talam :.

31 Ogos 2008 abg aku sibuk mintak mak aku buat nasi ambeng / talam. Apa lagi, meriah la rumah mak ari Ahad tu. Pagi² aku dah sibuk membuat bergedil berintikan daging goreng.. Sedapnya..yummy. Yang ni nasi ambeng biasa, bukan nasi ambeng yang mewah. So, lauk pauk pun biasa jer.. Tapi kalau betul² nye nasi ambeng mewah..perghh..satu talam tu seekor ayam ada. Dan lauk-pauk pun lagi banyak la...


Kenyang aku makan aritu..almaklumlah esoknya dah start puasa. Apa pun memang best la.

Ni la nasi ambeng / talam