Wednesday, February 13, 2008

.: Bila Rindu Bertamu :.

Aku rindu pada udara yang aku hirup setiap hari
pada bintang yang berkelipan di tengah malam
bulan yang mengambang di malam yang gelap
kicauan burung yang merdu
sang kucing yang sering bercakaran

Wajah ibu dan ayah yang jauh di sana
setia menanti kepulangan diri ini
meniti waktu di usia emas
tanpa anaknya yang sentiasa dirindui
aku akur dengan ketentuan Ilahi

Aku di sini keseorangan meneruskan
perjalanan yang penuh onak dan duri
kala ku berduka air mata peneman setia
aku tidak secekal dan setabah mereka
yang sentiasa kuat pabila onak melanda

Aku rindu pada mereka semua
tempat ku jatuh, dilutut luka
pokok yang dulunya kecil
kini semakin tua

Aku rindu..
tetap rindu...
kerana bila rindu bertamu
aku tidak bisa menepisnya..

Tuesday, February 12, 2008

.: HaRi InI HaRi SeLaSa :.

Hari ni hari Selasa. Hari kedua dalam minggu ni. Penat balik dari kampung aritu masih lagi berbaki. Penat..memang penat. Naik bas dari Ipoh ke KL sampai 5 jam, gara - gara semua orang balik dari bercuti Tahun Baru Cina. Pagi - pagi banyak ceritera yang aku dengar dari member² opis. Ntah la aku pun tak nak komen pape, cuma dapat mendengar. Aku pun dah penat mengomel dengan mulut comel aku ni. Aku dah tak larat lagi berceloteh berkata itu dan ini, begitu dan begini, kerana aku hanya mampu mendengar...