Monday, February 28, 2005

.: SePeT - Filem Kedua Yasmin Ahmad :.


sepet
Originally uploaded by watie.


Filem yang aku tunggu dari tahun lepas, akhirnya muncul di panggung kat sini. Walaupun ada lapan scene yang dah kena cincang dengan LPF,tapi aku enjoy menontonnya kat TGV baru-baru ini. Tanpa melibatkan pelakon-pelakon popular, SePeT berjaya mencuri hati penonton. Banyak scene yang aku suka especially sewaktu Jason menari dengan lagu 'Dia Datang..', nampak selamba. Aku tak nak ulang sinopsis cerita SepeT ni sebab boleh baca kat website SePeT. Aku suka tengok Orked sentiasa ayu berbaju kurung. Dan part ending paling menyentuh perasaan, walaupun mula-mulanya aku blurr. Bagi aku, Jason tak mati. Dia yang jawab call Orked dan pretend he's ok. Memanglah bunyinya macam tak logik, tapi suka hati akulah nak ending macam mana.

.: BUATMU TEMAN :.

Teman,
Hadirmu tanpa diundang,
Pergimu tidak kuhalang,
Namun kau tetap disisi,
Di saat aku memerlukanmu.

Teman,
Semalam kau menyapaku dengan girang,
Tapi mengapa wajahmu muram kini,
Membisu tanpa suara meresahkan hatiku,
Jangan kau sembunyikan dariku teman,
Walau sekelumit resah yang menodai jiwamu.

Teman,
Jangan kau titiskan airmatamu, saying,
Jangan kau kelamkan hatimu,
Hanya kerna fikiranmu buntu,
Luahkanlah apa yang terbuku dihatimu kepadaku.

Teman,
Saat kau berduka, aku bersuka ria,
Saat kau menangis, aku ketawa,
Bukan kerna aku bahagia,
Sekadar berselindung di sebalik duka,
Namun buatmu teman,
Takkan kubiarkan lagi dirimu
Menangis buat kali kedua,
Ini janjiku padamu, teman,
Selagi hayat masih ada…

Sunday, February 27, 2005

.: Aduhai Gigi... :.


Bukan Gigi Aku
Originally uploaded by watie.


Demam mengejut tempoh hari berlangsung sampai dekat 2 minggu. Orang kata demam tak kebah. Aku mencari punca camana aku boleh dapat demam teruk kali ni. Sampai dekat dua minggu jugalah aku tak makan, nak minum pun kena pikir 44 kali. Betapa teruknya kali ni. Biasanya malam memang demam aku menjadi semakin teruk. Sekejap ok, sekejap ko. Rupa – rupanya gigi geraham bongsu aku nak tumbuh, aduhai..sakitnya. sampaikan nak makan kanji yang mak aku masak pun aku tak boleh nak makan, kalau makan pun terus telan. Tak dapat nak menikmati kesedapannya. Masa tu keinsafan diri pun memang ada lah. Selalunya masa aku nak tidur, time tu perut lapar. Aku terkenangkan kat orang – orang kat tempat lain yang langsung tak makan berminggu – minggu they still can survive, ini kan pula aku yang baru diuji camtu. Sikit jer pun, dah rasa macam nak kiok je. Insaf memang insaf.

Tuesday, February 22, 2005

.: Tinggal lah..... :.

Urusan pengebumian atuk harus diselesaikan pagi ini. Pagi-pagi lagi aku dan keluarga sudah berada di hospital. Jenazah atuk akan dikafankan di hospital. Sempat kukucup dahi atuk buat kali terakhir sebelum kafannya disempurnakan oleh Pak Arif. Perjalanan ke kampung terasa begitu dekat tidak seperti selalu. Mungkin Allah memudahkan perjalanan bagi kami.Jenazah di sembahyangkan di masjid sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Ramai yang menziarahi atuk buat kali terakhir di masjid. Dan aku tidak mampu menahan air mata dari terus mengalir. Aku dan keluarga mengiringi jenazah atuk hingga ke tanah perkuburan. Aku berdiri di depan pusara atuk sewaktu mereka mengambuskan atuk di dalam liang lahat. Talkin dan doa dibaca. Aku begitu sebak. Selesai sudah urusan pengebumian atuk, aku dan keluarga mengambil kesempatan melawat kubur arwah opah, acik, ayahngah, nyang dan keluarga terdekat. Alfatihah ku hadiahkan buat mereka. Hampir jam 12.00 tengahari kami melangkah meninggalkan atuk yang baru berada di alam baqa'. Tinggal ya tok.. pah, acik dengan ayahngah dah lama tunggu.... Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Monday, February 21, 2005

.: Perginya Seorang Insan :.

Petang itu,aku ke hospital setelah diberitahu atuk dihantar ke Hospital Ipoh. Aku sendiri masih tidak sihat ketika itu. Namun aku gagahkan jua untuk menjenguknya. Tiba di hospital, Mak Long dan Pak Long sudah ada. Namun mereka sendiri tidak pasti, yang mana satu atuk. Mungkin sebab badan atuk yang dah semakin kurus itu. Aku tiba di sebuah katil yang kelihatan doktor masih memberikan rawatan kepada seorang pesakit. Aku pasti itu atuk. Aku masuk dan melihat mereka memberikan rawatan. Ya Allah, mulut atuk kelihatan darah mengalir, pekat sekali. Mereka memasukkan tiub ke dalam mulut atuk, aku sendiri tidak pasti untuk apa. Akhirnya aku disuruh keluar oleh mereka. Atuk tika itu sudahpun tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, doktor memanggil mak dan keluarga terdekat. Dia memberitahu bahawa atuk sudah pun brain dead. Aku terpempan mendengar. Aku lihat mak begitu tenang dan pasrah. Yang pastinya mak redha dengan pemergian atukku yang seorang itu.