Monday, October 17, 2011

.: Apa Rasa Hati ?? :.



Lama betul tinggalkan blog aku. Sejak ada FB mmg lama aku tak bukak blog. Padahal aku lebih suka blog sebab aku boleh menulis apa yang aku suka tanpa ada sempadan. Tanpa perlu menjaga hati dan perasaan orang lain. Kadang-kadang tanpa sedar apa yang kita coretkan di FB menyinggung perasaan orang lain. Rumitkan?? Entahlah... biarlah aku jauhkan diri perlahan-lahan dari dunia FB. Biar pemergianku dari dunia FB tiada yang mencari. Biarlah...bukan tidak mahu berkongsi kisah suka duka ku di dunia FB...susah nak ungkap dengan kata-kata.


Apa rasa hati ?? Hmm...sekeping hati yang perlu dijaga rapi. Hatiku tak seperti hati orang lain yang kuat dan cekal. Aku mungkin nampak tabah, tapi hakikatnya Allah saja yang tahu. Aku tak pandai nak luahkan seperti orang lain apa yang mereka rasa...apa rasa hati mereka tika itu. Aku tak pandai...andai aku luahkan di dalam FB, mungkin ada yang tersalah anggap dan menyalah tafsirkan apa yang aku rasa.


Apa aku rasa sekarang? Entahlah...sekurang-kurangnya aku tahu ada tempat nak luahkan perasaan, apa yang aku rasa....marah? kecewa? sedih? gembira? Maaf, aku bukan seperti mereka di luar sana yang pandai meluahkan apa yang mereka rasa.