Sunday, March 20, 2005

.: SUTUN - S.O.T.O.N.G :.

Drama SUTUN ditayangkan buat kali kedua di RTM pada 14 Mac 2005. Sehari sebelum paper Database aku. Malam tu, sambil aku buat revision sambil aku menonton SUTUN. Buat revision time iklan lah. Second time aku tengok cerita ni, mengalir air mata aku. Cerita ni mengisahkan seorang budak lelaki yang 'lembut' dan dia ni selalu kena ejek dengan masyarakat sekeliling. Adik, watak utama dalam SUTUN dilahirkan sebagai seorang lelaki, tetapi sifatnya lembut seperti perempuan. Bapanya yang tertekan dengan keadaan itu, selalu marah dan pukul Adik diatas kelembutannya. Adik jadi macam tu mungkin kerana semasa kecil maknya selalu pakaikannya pakaian perempuan. Adik hampir - hampir terjebak ke lembah maksiat apabila suatu hari Adik melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap ayahnya dan mengikut rakannya yang sama keadaan sepertinya untuk bekerja. Sewaktu Adik berada di tempat itu, dia telah diberi nasihat oleh seorang yang lebih berpengalaman dan beliau juga seperti Adik. Sisa hidupnya dihabiskan di kaki lima, dan ketika itulah Adik seperti tersedar dari mimpi. Dia terus beristighfar dan teringatkan ayahnya di rumah. Adik pulang semula ke rumah setelah menyedari kesilapan yang mungkin dilakukannya. Adik akhirnya berjaya menjadi seorang doktor dan membina kehidupan bersama isteri dan anak-anaknya.

Bagi aku, di dunia ni memang ada orang macam Adik. Dulu aku sendiri tidak paham kenapa ada orang macam ni. Dan kemudian, aku tahu jawapannya. Kurniaan Ilahi. Sama-samalah bersyukur di atas apa jua kurniaanNya kepada setiap hambaNya.

No comments: