Monday, February 21, 2005

.: Perginya Seorang Insan :.

Petang itu,aku ke hospital setelah diberitahu atuk dihantar ke Hospital Ipoh. Aku sendiri masih tidak sihat ketika itu. Namun aku gagahkan jua untuk menjenguknya. Tiba di hospital, Mak Long dan Pak Long sudah ada. Namun mereka sendiri tidak pasti, yang mana satu atuk. Mungkin sebab badan atuk yang dah semakin kurus itu. Aku tiba di sebuah katil yang kelihatan doktor masih memberikan rawatan kepada seorang pesakit. Aku pasti itu atuk. Aku masuk dan melihat mereka memberikan rawatan. Ya Allah, mulut atuk kelihatan darah mengalir, pekat sekali. Mereka memasukkan tiub ke dalam mulut atuk, aku sendiri tidak pasti untuk apa. Akhirnya aku disuruh keluar oleh mereka. Atuk tika itu sudahpun tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian, doktor memanggil mak dan keluarga terdekat. Dia memberitahu bahawa atuk sudah pun brain dead. Aku terpempan mendengar. Aku lihat mak begitu tenang dan pasrah. Yang pastinya mak redha dengan pemergian atukku yang seorang itu.

No comments: