Friday, March 28, 2008

.: PaGi YaNg InDaH :.

Ermm....apa aku nak buat arini yer ?? Bile Liza dah dapat tukar ke Taiping, hati aku lak meluap - luap nak balik Ipoh. Tapi kalau boleh aku nak tukar balik Ipoh bila urusan untuk aku confirm selesai. Sebab aku tau, bila dah tukar tempat sebelum confirm, nanti keadaan kelam kabut sikit. Biasalah..birokrasi kat mana - mana pun ada.


Aku dah mula rasa bosan kat sini. Walaupun ramai orang yang suka duk KL, tapi aku tak sonok. Aku jauh dari famili, dari mak, abah, adik - beradik yang lain dan anak - anak buah yang makin membesar dan comel - comel itu.

Aku dah bosan makan nasi bungkus hari - hari yang berperisa ajinomoto. Kepala aku pun naik sakit bila hari - hari ntah berapa banyak ajinomoto yang masuk ke dalam badan aku. Aku rindu masakan mak yang walaupun simple, sedapnya masih terasa. Yang penting tanpa ajinomoto. Hari ni aku nak balik Ipoh, tak sabar rasanya nak balik...

Tuesday, March 11, 2008

.: Tasik Miromiktik :.



Inilah tasik miromiktik yang terdapat di Pulau Keracut. Masa ni air tak penuh lagi..kalau air dah penuh boleh rasa air tu panas ke tak. Tapi tak la panas sangat, macam suam-suam kuku je. Air masin kat bawah dan air tawar di atas.

Monday, March 10, 2008

.: Pantai Keracut :.

Cantik tak ?? Memang cantik pantai ni... Nama pantai ni Pantai Keracut, terletak di Pulau Pinang. Kat pantai ni terdapat tasik meromiktik, di mana air masin dan air tawar tak bercampur. Air masin akan berada di bawah dan air tawar berada di atas. Tapi memang best kat sini.


Pantai nye bersih sangat. Untuk sampai ke sini, kena naik bot. Aku naik bot orang PERHILITAN untuk sampai ke sini masa kursus induksi khusus. Rasa nak pergi lagi bila musim tasik meromiktik ni penuh. Kat sini pun ada penyu mendarat bila ada musim.

Wednesday, February 13, 2008

.: Bila Rindu Bertamu :.

Aku rindu pada udara yang aku hirup setiap hari
pada bintang yang berkelipan di tengah malam
bulan yang mengambang di malam yang gelap
kicauan burung yang merdu
sang kucing yang sering bercakaran

Wajah ibu dan ayah yang jauh di sana
setia menanti kepulangan diri ini
meniti waktu di usia emas
tanpa anaknya yang sentiasa dirindui
aku akur dengan ketentuan Ilahi

Aku di sini keseorangan meneruskan
perjalanan yang penuh onak dan duri
kala ku berduka air mata peneman setia
aku tidak secekal dan setabah mereka
yang sentiasa kuat pabila onak melanda

Aku rindu pada mereka semua
tempat ku jatuh, dilutut luka
pokok yang dulunya kecil
kini semakin tua

Aku rindu..
tetap rindu...
kerana bila rindu bertamu
aku tidak bisa menepisnya..

Tuesday, February 12, 2008

.: HaRi InI HaRi SeLaSa :.

Hari ni hari Selasa. Hari kedua dalam minggu ni. Penat balik dari kampung aritu masih lagi berbaki. Penat..memang penat. Naik bas dari Ipoh ke KL sampai 5 jam, gara - gara semua orang balik dari bercuti Tahun Baru Cina. Pagi - pagi banyak ceritera yang aku dengar dari member² opis. Ntah la aku pun tak nak komen pape, cuma dapat mendengar. Aku pun dah penat mengomel dengan mulut comel aku ni. Aku dah tak larat lagi berceloteh berkata itu dan ini, begitu dan begini, kerana aku hanya mampu mendengar...

Tuesday, January 01, 2008

.: Happy New Year 2008 :.

Happy ew Year...Happy New Year...bangun tido, bangun tido, jap je dah masuk tahun baru. Malam tahun baru awal² aku dah tido.. Takde cite yg menarik la kt astro, semuanya konsert. Bosan sangat. Tak tau la macam mana sambutan Tahun Baru kt KL ni. Rasanya meriah dari Ipoh. Hmmm...apa azam tahun baru ?? Azam tahun baru aku tahun ni nak jadi kayo...hahaha. Nak wat bisnes yang tak penah² jadi, macam manala nak jadi kaya. Makan roti ngan kaya, bolehla.
Tak lama lagi kena rombak balik struktur organisasi kat opis. Ntah ke mana pulak la aku kena campak. Jangan duduk di bawah pemerintahan BTRT ( Botak Tengah Rambut Tepi ) tu dah la. Tak sanggup den. Tak larat asik nak anyam ketupat pasal dia. Well, we'll wait and see la.

Saturday, July 22, 2006

.: Welcome To Your New World, Baby ! :.

Hari ini aku dapat baby baru..baby gurl. But she's not mine. My brother's daughter. Finally, abg aku dapat gak anak pompuan, anak yang terakhir. Pelengkap segalanya. Well, cute sangat tengok baby tu, muka pula sama macam Isma dengan mata dan mulut yang kecik, tapi pipi saling tak tumpah macam Najmi. Combination of her two brothers..haha. Tahun ni maka bertambahlah duit raya yang aku kena sediakan. Well, itu bukan satu masalah besar bagi aku. Rezeki tu akan bertambah kalau kita keluarkan lagi banyak, rite? Nama baby baru tu belum lagi dapat dipastikan oleh abg aku..tapi yang pasti nama permulaan mestila Isma and something after that. Anyway...welcome to your new world, gurl !

Thursday, December 22, 2005

.: Cintaku & Cintamu :.

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu mencintai seseorang
meski kamu tahu ia tak sendiri lagi
dan ....
meski kamu tahu
cintamu mungkin tak terbalas
tapi.....
kamu tetap mencintainya......

Pernahkan kamu merasakan
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai
meski kamu tahu ia takkan pernah peduli
ataupun....
ia peduli dan mengerti
tapi...
ia tetap pergi....

Pernahkah kamu merasakan....
hebatnya cinta...
tersenyum kala terluka..
menangis kala bahagia...
bersedih kala bersama...
tertawa kala berpisah...

Aku pernah...
aku pernah tersenyum meski ku terluka
kerana...
ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia

kerana...
ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu saja
aku pernah bersedih kala bersamanya

kerana....
ku takut kan kehilangan dia suatu saat nanti

dan....
aku juga pernah tertawa...
saat berpisah dengannya
kerana...

sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan....
Tuhan pasti tlah menyiapkan cinta yang lain
untukku.....

aku tetap bisa mencintainya
meski ia tak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
kerana...
memang cinta ada dalam jiwa bukan dalam raga

semua orang pasti pernah merasakan cinta
orang tua...
sahabat....
kekasih...
dan akhirnya pasangan hidup.....

buat temanku yang sedang jatuh cinta
ku ucapkan selamat...
kerana cinta itu sangat indah
semoga kalian selalu bahagia...

buat temanku yang sedang terluka kerana cinta...
hidup itu bagaikan roda yang terus berputar
satu saat akan berada di bawah
dan hidup terasa begitu sulit

tetapi...
keadaan itu tidak untuk selamanya
bersabarlah dan berdoalah

kerana cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu

buat temanku yang tidak percaya akan cinta
buka hatimu...
jangan menutup mata akan keindahan dunia
maka cinta akan membuat hidupmu
menjadi bahagia...

buat temanku yang mendambakan cinta..
bersabarlah...
karna cinta yang indah..
tak terjadi dalam sekejab...

Tuhan sedang mempersiapkan sgala yang terbaik
bagimu...

buat temanku yang mempermainkan cinta...
sesuatu yang begitu murni dan tulus
bukanlah untuk di permainkan
cinta bukan suatu kehampaan
semoga kalian berhenti mempermainkan cinta
dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya....

Friday, July 29, 2005

.: Nukilan Untuk Aku :.

Manusia lahir ke bumi dengan pelbagai amanah dan juga kehendak yang dipikul bersama dengan nafsu yang segar dan syaitan yang terpilih bersama dengan panduan Al-Quran dan Sunnah Nabi beserta hadis yang cemerlang. Bayi yang berjanji sebelum lahir pun akan turut menangis bila melihat sahaja bumi dan dunia yang bakal menjadi medan perjuangannya, Mengapa perlu menangis kata penciptaNya , aku takut dan insaf katanya, maka syaitan terus menerpa dan berkata selamat datang ke dunia nafsumu, berbahagialah dengan pemberianku, dan ibu pun merangkul dan mencium serta bapa pun mengangkat dan bertakbir seraya mengamat ke cuping telinga bayi itu.

Oleh itu bila sudah dewasa bayi yang kecil tersebut sudah melangkah pelbagai dugaan dan cabaran serta godaan namun sejak umur 1 hari hingga kini ada yang telah melakukan 100 kali kesalahan dan kemungkaran berulangan tanpa disedar tanpa diragui. Jadi mengapa perlu menangis wahai dewasa yang dulunya kecil tapi kini sudah dewasa. Mengapa perlu kesal dan mengapa perlu mengasingkan diri, bangunlah dari kealpaan dan kejahilan wahai saudaraku, wahai kawanku, wahai keluarga ku dan wahai diriku, kerana tidak lama lagi dunia akan menjadi hancur sepertimanalah hancurnya kita pada tanah dan bumi.

Wahai manusia, dunia akan hilang dan akhirat akan menjelma. Pasti dia menjelma dan PASTI KITA AKAN MENEMPUHINYA SERTA PASTI KITALAH PENGHUNINYA.

Antara Kehidupan Dan Kematian, yang manakah menakutkan ? Antara Mata Dan Hati, yang manakah lebih benar ? Apakah kita masih membina titian di atas sungai yang kering ? Apakah kita memijak bumi sedangkan fikiran kita bagaikan cermin. Kemanakah arah langkah, dimanakah arah ummah ? Jangan sesekali kita reba. Bagaikan luka yang sudah bernanah.

Manusia takut bila kaya, Manusia berani bila miskin, Manusia buta bila berilmu, Manusia beriman bila cetek, Manusia sombong bila tinggi, Manusia rendah bila berpeluh, Manusia berakal bila susah, Manusia bernafsu bila mewah, Manusia jahil bila beragama, Manusia celik bila asyik keduniaan, Manusia mengejar keduniaan tapi kematian menungu di pengakhiran. Bila mana manusia sujud di waktu malam, siang ataupun tidur, mungkin tidak dikala tidur, apabila Dia memanggil kita pulang, maka dunia ini kita tinggalkan. Cukupkah bekalan kita di sana nanti ?

Wednesday, July 13, 2005

.: Beautiful Words :.










Friday, July 01, 2005

.: Hakikat VS Sebenarnya :.

HAKIKATnya.....Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan si dia. Walaupun sekadai "HAI" daripada si dia, ia sudah cukup untuk menenangkan hati anda.

SEBENARnya.....Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

HAKIKATnya.....Jangan jadi terlalu baik "saya akan merindui kamu". Jangan terlalu mengambil berat "saya mungkin menyukai kamu". Jangan jadi terlalu 'sweet' "saya mungkin jatuh hati kepada kamu".

SEBENARnya.....Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi si dia.

HAKIKATnya.....Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

SEBENARnya.....Masa akan menentukan segalanya, jika si dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

HAKIKATnya.....Jangan melarikan diri dari 'CINTA' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya, kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

SEBENARnya.....Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita dan yang paling berharga ialah hatinya yang ikhlas.

HAKIKATnya.....Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang tidak kita ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah, bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

SEBENARnya.....Masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu, atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

HAKIKATnya.....Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu ?" Jawab titis air mata kedua, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja".

SEBENARnya.....Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu saja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

HAKIKATnya.....Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada.

SEBENARnya.....Bahagian 1 - Orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.Bahagian 2 - Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
Fikirkanlah.....

HAKIKATnya.....Cinta itu membuat anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

SEBENARnya.....Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.

HAKIKATnya.....Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

SEBENARnya.....Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu, kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu amat manis. Tetapi jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

HAKIKATnya.....Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah/kecewa jika anda bertangguh.

SEBENARnya.....Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayagi betapa pentingnya dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga akan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain.

HAKIKATnya.....Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

SEBENARnya.....Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah. Dia layak mendapat cinta anda.

HAKIKATnya.....Ruang kosong di antara celah-celah jari kita di cipta untuk dipenuhi oleh jari-jari insan yang kita sayangi/cintai.

SEBENARnya.....Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

OLEH DARI ITU.....
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda sedari. Apabila anda bercinta, ia bukan 'pasport' untuk anda DIFAHAMI tetapi ia adalah untuk anda MEMAHAMI.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MENGAMBIL ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda DIAMBIL.

Ia bukan 'pasport' untuk anda DIDENGARI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MEMINTA ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR, BERKORBAN DAN BERTOLAK ANSUR. Ia bukan 'pasport' untuk anda BERKIRA-KIRA tetapi ia adalah untuk anda MENCINTAI....

Thursday, June 02, 2005

.: Tolong Ingatkan Aku :.

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan aku...

Tuesday, May 24, 2005

.: TuEsDay BLuEs :.

After been off yesterday ( Wesak’s Day ) it's quite hard to start my day today. A bit lazy to wake up early in the morning. Just settle out my assignment and passed it to my group’s member for final editing. But I still haven’t finished two more topics. Really… really perhaps, today I can make it. I have to responsible with my tasks. Today, I just check out my result online. Hmm, how to say about it ? Satisfied or not ? Overall I satisfied with it, but this is not confirm yet from Senat until I receive the slip from university.

I’m quite happy with the Database’s result. Even I haven’t complete my final project for Database. Hopefully it’s true and no changes with that. I know, Mr Norris helps me and others for that paper. I still remember how stupid I answer his questions for the quiz. He not angry with that but just smile. He’s very cool man. Me and my friends always came late into his class, but he understands for that matter. We have to wake up early in Sunday morning, it’s really hard, actually. Because it’s Sunday ! But it’s really enjoy to stay in his class. Sometimes feel blur but he never give up teach us until we understand. I must thank to him when I get real result from Senat.

Saturday, May 21, 2005

.: Epi Berdey Tu Me :.

It's my birthday again. I've got very cute present from my little nephews, Isma and Najmi. The small note in Love shape wrote by Isma, 5 years. I'm so impressed. I love them so much, even they always teasing me until I get mad. Then, they will say sorry for that. It's quite bored to attend 2 different wedding ceremony today, but I have to. One is my mom's relatives, and one is my old friend which I'm not too close but my sister asked me to go with her, because my friend is also her husband's relatives. What are co-incident, huh?
I have to settle my assignment by today. It really make me headache. To sort all the things, edit it again and again. It's suck. After getting tired attending the wedding, I have to concentrate with it. Until 6.30 p.m, I haven't finished my job. My diskett got some problem, ohh man. All data inside the diskette. It's really make me turn blue, migrain. I just stop and shut down my pc. Stay in front of my tv, waiting for Sin Chan Cartoon. It's could release my tension, perhaps.
Oh by the way, tomorrow I have another wedding ceremony. No excuse. Aiyaa..how to diet if like this ?

Wednesday, May 18, 2005

.: Sesaat Bila Terlupa :.

Banyak perkara yang kita buat kadangkala melalaikan. Aku sendiri kadang kala leka dengan apa yang aku buat di bumi bertuah ini. Lupa yang kita dilahirkan sebagai khalifah untuk mentadbir alam. Lupa pada tanggungjawab sebenar mengapa kita dilahirkan. Jangan kau palingkan aku dari terus menyembahMu, Ya Allah. Kadangkala aku rasa kehidupan di muka bumi ini terlalu complicated sampai kadang² aku tertanya² mengapa semua itu dan ini terjadi. Daripada pelbagai persoalan itulah membuatkan aku terus berfikir, mencari punca apa sebenarnya yang berlaku. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab yang tertentu yang kadangkala kita tidak perasan, atau pura² tidak tahu. Aku kadangkala diuji dengan pelbagai dugaan yang aku sendiri tidak duga, kadangkala ianya datang bertubi². Andai aku tidak kuat dan tabah, dapatkah aku lalui semuanya dengan tenang? Hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita diuji dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Sesaat kita terlupa kepadaNya, maka rugilah kita sebagai hambaNya kerana kita hanya tahu menggunakan nikmat yang diberikan, namun tidak pernah berterima kasih di atas segala nikmat yang dikurniakan.

Monday, May 16, 2005

.: Aku Masih Di Sini :.

Aku masih di sini,
menanti hari esok,
apakah akan ada kebahagian yang menanti,
bersama harapan yang kian suram,
sekelam hatiku yang digamit resah..

Kupujuk rasa hati,
lupakan duka yang bersarang di jiwa,
namun hatiku terus berkata,
apakah akan ada harapan di hujung sana
yang belum pasti keindahan rupanya..

Andai aku terus begini,
mungkinkah segalanya kan berubah,
walau terdetik di hati ni,
tidak mungkin ianya kan terjadi,
dengan hanya aku mendiamkan diri..

Thursday, May 12, 2005

.: JaNgan MenSia²Kan MaSa YaNg TiNgGaL :.

Semalam sempat aku berjumpa dengan Juju sebelum balik ke Ipoh. Lunch sama² makan claypot rice kat Food Court di CM sambil borak². Banyak benda yang aku dapat dengar dari mulut dia, celotehnya buatkan aku hilang mengantuk. Padahal sebelum jumpa dia, aku rasa macam nak tidur je. Aku menjadi pendengar setianya setiap kali ada something yang dia terpaksa tempuhi. At least, she still has someone to listen to her problems. Sempat kitorang pergi jalan-jalan kat dalam Kotaraya dan dia seperti biasalah, mana boleh balik dengan tangan kosong kalau dah ke Kotaraya tu. Pastu dia ajak aku ke Petaling Street pulak. Takde benda yang kitorang beli pun. Meja² dvd kat tengah² jalan tu pun dah takde, bagus pun. Senang sikit aku nak jalan, kalau tak tu terpaksalah bersempit². Sempat lagi dia ajak aku singgah ke gift shop sebelum masing² berpisah dengan hala tuju masing². Sedar tak sedar jam dah dekat pukul 4.00 petang.

We have to make a move. Aku tak kisah, but dia patut masuk opis balik kul 4, tapi by that time, dia still tak naik bas nak balik opis. Aku jalan kaki menuju ke Puduraya, ambil tiket dan balik Ipoh. Terlelap kat dalam bas, sebab letih sesangat. Sempat lagi jawab call dari Azidah masa tengah syiok tidur. Pastu aku terus terjaga sampai Ipoh.

Monday, May 09, 2005

.: GuBra Oh GuBra :.

Filem selepas Sepet. Ipoh sebagai lokasi penggambaran. Seronok aku mendengarnya, mungkin aku berpeluang melihat penggambaran yang mereka akan lakukan. Tetapi itu pun bergantung masa dan keadaan aku. Mungkin masa mereka shooting, aku sibuk dengan kuliah, atau sibuk dengan assigment, tapi bagi aku itu semua boleh diadjustkan...sebab aku yang menguruskan masa. Hahaha... Dah lama aku tak gunakan perkataan Gubra ni, rasanya guna masa time skolah je dolu². Nampaknya akan digunakan balik kot perkataan ni.

Well,untuk filem Gubra ni aku harap semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kekangan yang mendatang. Apalah, ayat pun dah tak berapa betui ni. Hope to see Yasmin Ahmad while she direct the Gubra. All the best !

.: Tidur Yang Tak Lena :.

Aku masuk tidur pukul 12.00 malam sebaik saja habis tengok The Apprentice. Mata aku terasa mengantuk tapi langsung tak mahu lena. Agaknya sebab otak aku still berfikir masa aku nak tidur, sedangkan mata dah mengantuk. Entahlah, banyak sangat yang aku pikirkan malam tadi, macam² sampai aku terlena pun dalam pukul 3.00 pagi. Itupun puas aku cuba untuk tidur, gelisah betul aku malam tadi. Sedar² pagi tadi dalam pukul 5.00 lebih bila terdengar mak dah bangun. Mata aku tak mengantuk langsung masa tu. Apalagi, bangunlah siap untuk solat Subuh. Habis je solat, kononnya nak mengaji sekejap dah alang² tak boleh nak tidur, tup² lepas abis solat, mata ni punyalah mengantuk. So, amik keputusan tidurlah kejap. Elok² nak mula tidur, hilang mengantuk. Sabar jelah..kalau mengaji tadi pun bagus. Ni semua hasutan setan suruh tidurlah ni. Rasa macam nak tembak je setan² yg kacau aku ni. Setan betul diorang. Sudahnya aku terkebil² sampai pagi, terus siap nak gi kerja. Alahai...

Thursday, May 05, 2005

.: Kopi oh Kopi :.

Pagi ni masa nak sarapan aku tertuang kopi ke dalam cawan. Maka aku pun menuangkan balik kopi tu ke dalam teko. Nasib baiklah tak minum lagi. Kalau tak, tak taulah. Aku pun naik heran, apesal lah ramai yang suka kopi. Even anak saudara aku yang kecik tu pun suka. Kalau aku, sorilah. Kalau nescafe tu, aku boleh maapkan lagi. Kadang² bila anak saudara aku tanya kat mak aku, kenapa aku tak minum kopi, mak akan jawab yang aku takut hitam. Ceh...aku memang dah hitam pun sekarang ni. Entah arr, aku memang tak leh nak telan. Even kalau pergi rumah sedara mara pun, aku memang tak minum kalau dah dihidangkan ngan kopi. Mesti aku minta air masak ke, coca cola ke.. Lagi satu, aku perhatikan kopi ni kalau dibancuh, mesti kena guna gula yang banyak. Tu yang aku tak boleh tu. Mak cakap, kalau orang kat kampung, time hujan tak dapat gi menoreh ke or ke sawah, diorang akan bancuh kopi pekat-pekat, makan ubi rebus ke or cicah ngan biskut lutut, perghh...sedap. Tapi aku jawab, tu sebab ramai yang kena kencing manis sebab banyak minum kopi. Lebih baik minum teh o cam aku ni. Segar jer rasa, nak²nya tambahkan dengan daun pudina. Beshh...