Wednesday, May 18, 2005

.: Sesaat Bila Terlupa :.

Banyak perkara yang kita buat kadangkala melalaikan. Aku sendiri kadang kala leka dengan apa yang aku buat di bumi bertuah ini. Lupa yang kita dilahirkan sebagai khalifah untuk mentadbir alam. Lupa pada tanggungjawab sebenar mengapa kita dilahirkan. Jangan kau palingkan aku dari terus menyembahMu, Ya Allah. Kadangkala aku rasa kehidupan di muka bumi ini terlalu complicated sampai kadang² aku tertanya² mengapa semua itu dan ini terjadi. Daripada pelbagai persoalan itulah membuatkan aku terus berfikir, mencari punca apa sebenarnya yang berlaku. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab yang tertentu yang kadangkala kita tidak perasan, atau pura² tidak tahu. Aku kadangkala diuji dengan pelbagai dugaan yang aku sendiri tidak duga, kadangkala ianya datang bertubi². Andai aku tidak kuat dan tabah, dapatkah aku lalui semuanya dengan tenang? Hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita diuji dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya. Sesaat kita terlupa kepadaNya, maka rugilah kita sebagai hambaNya kerana kita hanya tahu menggunakan nikmat yang diberikan, namun tidak pernah berterima kasih di atas segala nikmat yang dikurniakan.

No comments: