Friday, July 01, 2005

.: Hakikat VS Sebenarnya :.

HAKIKATnya.....Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan si dia. Walaupun sekadai "HAI" daripada si dia, ia sudah cukup untuk menenangkan hati anda.

SEBENARnya.....Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

HAKIKATnya.....Jangan jadi terlalu baik "saya akan merindui kamu". Jangan terlalu mengambil berat "saya mungkin menyukai kamu". Jangan jadi terlalu 'sweet' "saya mungkin jatuh hati kepada kamu".

SEBENARnya.....Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi si dia.

HAKIKATnya.....Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

SEBENARnya.....Masa akan menentukan segalanya, jika si dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

HAKIKATnya.....Jangan melarikan diri dari 'CINTA' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya, kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

SEBENARnya.....Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita dan yang paling berharga ialah hatinya yang ikhlas.

HAKIKATnya.....Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang tidak kita ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah, bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

SEBENARnya.....Masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu, atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

HAKIKATnya.....Tiada sesiapa pun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu ?" Jawab titis air mata kedua, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja".

SEBENARnya.....Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu saja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

HAKIKATnya.....Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada.

SEBENARnya.....Bahagian 1 - Orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.Bahagian 2 - Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
Fikirkanlah.....

HAKIKATnya.....Cinta itu membuat anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

SEBENARnya.....Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih sayang anda.

HAKIKATnya.....Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

SEBENARnya.....Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu, kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu amat manis. Tetapi jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

HAKIKATnya.....Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah/kecewa jika anda bertangguh.

SEBENARnya.....Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayagi betapa pentingnya dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga akan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain.

HAKIKATnya.....Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

SEBENARnya.....Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah. Dia layak mendapat cinta anda.

HAKIKATnya.....Ruang kosong di antara celah-celah jari kita di cipta untuk dipenuhi oleh jari-jari insan yang kita sayangi/cintai.

SEBENARnya.....Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

OLEH DARI ITU.....
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda sedari. Apabila anda bercinta, ia bukan 'pasport' untuk anda DIFAHAMI tetapi ia adalah untuk anda MEMAHAMI.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MENGAMBIL ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda DIAMBIL.

Ia bukan 'pasport' untuk anda DIDENGARI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR.
Ia bukan 'pasport' untuk anda MEMINTA ITU DAN INI tetapi ia adalah untuk anda MENDENGAR, BERKORBAN DAN BERTOLAK ANSUR. Ia bukan 'pasport' untuk anda BERKIRA-KIRA tetapi ia adalah untuk anda MENCINTAI....

1 comment:

azzad said...

Boleh tahan jiwang member ipoh aku nih. ;)