Wednesday, April 07, 2010

.: Blogging Or FBing ?? :.

Mana satu eh?? Blog ke FB ?? Hmm...aku kenal blog since 2003 or 2004 kalo tak silap aku. My 1st entry pun in 2004. Apa yang best pasal blog ?? Apa yang istimewanya FB ?? Honestly, aku lebih suka blogging. Sebab nyer, aku boleh tulis apa yg aku suka dalam blog. Apa yang aku boleh luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni. Biarlah orang tahu ataupun tak, yang penting ia dapat dijadikan satu medium untuk aku luahkan apa yang mengganggu fikiran aku. Dulu masa zaman sekolah, cikgu pernah ajar cara nak luahkan sesuatu andai tak dapat nak kongsi sesuatu masalah dengan orang lain. Tulis atas kertas apa yang terbuku di hati, kemudian bakar... Hmmm..betul ke cara camtu ?? Ya...mungkin juga boleh.


Kini dunia IT semakin berkembang pesat. Facebook mula popular di alam IT. FB bagus untuk menjejak semula rakan-rakan lama yang telah lama terpisah. Boleh buat jejak kasih kat dalam FB ni. Betulll...tak tipu. Seriously, FB telah buat aku kembali berjumpa dengan kawan-kawan lama zaman sekolah rendah lagi. Best kan ??

Tapi...dengan FB jugak aku hampir² kehilangan seorang sahabat yang aku sayang. Hmm....aku mungkin akan mengurangkan aktiviti² aku di dalam FB, sebab melalui FB la aku begitu 'sakit' sampai aku kecewa teramat sangat. Mungkin satu hari nanti aku akan terus meninggalkan FB buat selamanya....

No comments: