Sunday, November 30, 2008

.: Aktivti Hari Sabtu :.

Menu brunch kitorang My Chicken Curry Mee My French Toast
Azie ngan posingnyer
Tuan punyer blog
Zie control cun..ahaks

Pagi Sabtu kitorng brunch kat Oldtown Coffee sebab lom try lagi kat situ. Tu yang tergedik² masing² nak pergi. Walaupun dekat aku siap drive sebab sure tengahari bila balik rumah nanti panas terik. Lepas brunch, hajat di hati nak pergi karaoke, tapi apa kan daya takde rezeki..huhuhu. Tension jer tak pat pi karaoke. Hehehe...petang tu aku ngan Azie ada futsal kt Sport Planet Shah Alam. Lama tak main, sakit peha aku. Aduhai...
____________________________________________________________________
Rainbow Tree Nani ngan Latte Zie
Aku ngan penang kuewteow n mango juice
3 Dara PingitanAku ngn Azie n Pae
Mee goreng mamak Zie
7 Puteri Kayangan

Malam Sabtu disebabkan semua blok blackout, jadi kitorang pun keluar rumah jam 10.00 malam ronda² ke Danau Kota. Hahaha...pas ronda kitorang singgah kt Naili's Place Sentul..masa tu dah pukul 2.00 pagi. Hehehe...dah penat jalan² kt Danau Kota, lapo n dahaga plak. Tu yang singgah tu. Hehehe..dalam gelap² pun sempat lagi bergambar. Sampai umah dekat pukul 3.00...ngantok siott !

Friday, November 28, 2008

.: Apa Nak Tulis Eh ? :.


Myspace Graphics

Agak²nye apa aku nak tulis hari ni yer. Hmmm...pagi ni pegi breakfast ngn 'Ina' jer sebab Ck Aen terpaksa EL sebab Cinta demam..panas pulak tu. Harap² Cinta dah mamam ubat dan leh tido sama² ngan Umi dia..hehehe. Sure tido je 2 beranak ni..hehehe. Aku macam ada benda nak buat tapi macam masih lagi tercari² apa yang aku nak buat. So confuse huh ? Aku pun confuse..hehehe. Oh ya, lupa nak siapkan design yang member aku suh buat. Kalo ok, leh la dapat income lebih sikit. Masyuk la skit nnt kot..huhuhu. Otak tgh blurr nak wat design untuk dia. Next week kalo dia jadi datang sini dia nk tgk pulak. Tgkla kalo rajin nnt aku buat la. Kalo malas, cakapla takde masa nak buat. Huhuhu...bukan takde masa tapi takde idea. So far, kat tempat baru tak la busy mana pun. Banyak sangat masa aku...tp aku tgh sibuk nk compile e-book yang ada untuk rujukan aku sebelum buat apa² keputusan dalam internet marketing nih. So confuse....haha confuse lagi. Takla confuse sgt pun. Saja je nk guna perkataan confuse tu byk². Hehehe...okla daripada aku merepek lagi baik kuar dulu daripada sini. Keluar sekarang !!!

Thursday, November 27, 2008

.: Aku jadi orang Taman Laut :.

Arini my 2nd day kat Jab. Taman Laut. Aku jadi PA TKP. Pagi² dah kena jumpa KP untuk sesi perkenalan. Suspen gak la kan, sebab macam mula² lapor diri dulu. Tak kenal lagi..mmg rasa lain la. Borak² sikit lebih kurang...aku pun kemas² tempat baru. Amik barang² kat tempat lama ada 2 kotak A4, tu pun ada lagi yg tinggal tak amik lagi. Huhuhu...ok la gak dah kemas skit. So far, takde pe lagi aku kena buat. Apa aku nak tulih lagi yer...hmm. Malam tadi aku tido awal sebab rasa penat sangat lak. Maybe sebab drive kot. Ngantok giler. Kul 9 lebih aku dah masuk tido. Lagipun aku tgh bengang ngn seseorang. Tu yg tido awal tu. Malas nk fikir la. Tido awal, sedar² alarm si Pae dah berbunyik kul 5.00 pagi. Hangin je aku. Tak pasal² je terjaga awal. Sib tak berbunyik banyak kali, kalo tak aku balik ke bawah dah. Huhuhu....

Tuesday, November 25, 2008

.: Marble Cheese Cake For Me :.

So cute kek ni. Betul² terharu bila dapat kek daripada Ck Aen. Bersusah payah dia buat utk aku walaupun sakit² kepala malam tadi sebab makan aji byk sangat kt dlm chicken chop Noodle Station tu. Simple and sedap ( Ck Aen..nnt jgn lupa buat lagi tau !!). Aku dah la memang hantu cheese and chocolate. Ishh..isshh...mcm syg nak mkn tapi tak boleh tahan. Si 'Ina' pun tak abis² makan kek tu, walaupun badan kecik. Semua orang puji kek Ck Aen tu...ada yang nak menempah lagi tu. Hehehe..good job Ck Aen. Apa pun arini last day aku kat PSM, sedih sioottt ! Apa nak wat..hehehe. Macam jauh sangat lak. Pada hal beza dua tingkat jer..kalo naik lif pun leh naik sama² satu lif. Ok la, arios.. Malam kang nak makan kek ni lagi sebab ada lagi. Makin gemuk la aku nmpk gayanye...

Monday, November 24, 2008

.: Noodle Station :.



Eh, betul ker aku tulih Noodle Station. Arini Ck Aen belanja aku ngn 'Azharina' makan chicken chop. Perghh...sedap sebab dia punye ayam garing. Ni belanja sempena aku kena pindah ke Jabatan Taman Laut..hehehe tq byk² ck Aen. Sebenarnya sedih gak nak tinggalkan PSM, tapi apa boleh buat. Tu jalan terbaik utk aku, buat masa ni. Aku tak nak kena campak sana sini lagi la. Leceh tu... Life must go on. Tak bermakna aku tak leh p makan² sama² diorang lagi. Gambar chicken chop tak sempat amik sebab dah lapar terus ngap..hehehe.

Sunday, November 23, 2008

.: The Curve, Ikano, Ikea & Tesco :.






Inilah gambar² kitorang masa berfoya² di The Curve. Sibuk masing² nak bergambar. Penat berjalan sampai berapa kali kena berenti daa.. Hehehe, si Zie mmg pantang nampak benda menarik, sure suh aku snap gambar dia. Aku plak dah penat² mls lak nk tangkap gambar.

Saturday, November 22, 2008

.: Memanjat Pokok Krismas :.


Pokok krismas Amcorp Mall

Zie dan Azie (my housemate & roomate)

Gambar aku nak bukak hadiah

Aktiviti selepas berjogging di Taman Jaya. Singgah di Amcorp Mall..konon² nye nak pegi jalan² kt flea market, tapi belum bukak daa.... Awal pagi sgt pun. Masuk² je ternampak pokok krismas yang cantik ni. Apa lagi, keluarkan hp, snap la kat pokok yang ada. Hehehe..siap nak bukak hadiah tu.

.: Lunch di Johny's :.

Nasi goreng nanas Thai dgn steamboat
Azie tgh merasmikan udang

Tengahari tu aku hantar barang ke rumah baru kat Putrajaya. Tu pun keluar dah petang, sempat singgah Mid Valley sebelum ke Putrajaya sebab Azie sibuk nak beli hadiah untuk akak opismate dia. Lepas je beli hadiah tu, aku terus pecut pi Putrajaya sebab lepas antar barang nak pi Alamanda pulak. Nak lunch kat Alamanda. Kitorang makan dekat Johny's. So, kalau kat Johny's camni la menu nye. Kitorang tambah nasi goreng nanas Thai. Ok la juguak, tapi nasi dia macam pulut. Pas dah kenyang makan, kitorang p ronda² jap, pastu terus balik. Tu pun sampai rumah dah nak Maghrib. Siap² get ready nak tengok Sehati Berdansa pulak.

Monday, November 17, 2008





Gambar - gambar dalam LRT Putra ke KLCC

Ni gambar aku ngan Zie masa on the way ke KLCC petang semalam. Masa naik dari stesen Universiti, tren kosong jer. So, apa lagi kitorang possing la dalam tren. Masa tu ada 4 orang je naik tren. Budak pompuan lagi 2 orang yang dok kat ujung pun siap amik gambar. Hahaha..kelakar jer. Tak penah amik gambar dalam tren sebab selalunya ramai orang. Aku siap possing ngan payung yang aku bawak. Maklumlah...masa kuar rumah ujan dah turun. Kena la bawak payung.

Friday, November 07, 2008

.: Apa Yang Menarik Di Bangsar South :.


Apa yang menarik eh kat BangsarSouth ? Ada Oldtown Cafe..Secret Recipe...7E. Kenapa...tak percaya ke ? Kena la percaya sebab memang dah ada pun semua tu kat ngan umah aku. Cuma lom berkesempatan nak pegi jer. Dah dekat sangat, cam malas lak nak berjalan kaki ke sana. Yelah sebab cam naik bukit skit kalo nak berjalan. Kalo nak naik keta lak leceh nak kena wat U-Turn kat situ.

Aku pun tak lama lagi nak duk Putrajaya. Ubah angin la plak. Apapun weekend aku lepak KL gak... nnt housemate lama rindu kat aku. Hehehe..lagipun macam² plan nak wat ngan diorang. Penuh schedule aku nanti walaupun duk asing²..chewaahh macam krisis rumah tangga plak. Tapi malasnye aku nak mengemas..

Tuesday, October 07, 2008

.: Oven Baru Mak :.

Ayam panggang tergolek

Aku lik cuti Deepavali naik bas sebab malas nak drive lagipun lik sorang. Tk berbaloi lak rasanya sebab lagipun cuti pendek jer. Kalo Azie join aku balik, dah tentu aku drive. Pagi Sabtu baru aku balik sebab tiket bas dah abis ari Jumaat. So, balikla pagi² Sabtu tu. Sampai kat umah, terkejut beruk aku tengok ada oven baru kat rumah mak. Rupa²nya abah belikan untuk mak....siap ajak kakak aku beli kat Tesco Seksyen 18 tu. Kalo beli kat kedai biasa.. boleh la dapat diskaun. Ni dia nak gak beli kat Tesco.. Aku usik mak, abah beli oven guna duit raya yang gf abah bagi ker ? Hehehe..apalagi kitorang gelak sakan la. Teringat plak drama swasta gf abah masa raya aritu. Hahaha....jgn salah faham yer. Ni saja bahan usik-mengusik antara kitorang ngn abah.

Ari Ahad abah sibuk tanya mak nape tak beli ayam, sebab nak suh aku rasmikan oven baru tu la. So, pagi Ahad aku ngn mak p market Gunung Rapat, beli la ayam 2 ekor sebab nanti sure semua makan kat umah mak. Abah yang pegi kenduri kahwin ngan mak tak makan banyak sebab nak makan ayam panggang yang aku masak guna oven baru tu.

Sunday, October 05, 2008

.: Alahai Anak² Buahku :.


Gambar masa 1st day raya kat kampung


Cuti raya lagi. Seronok dapat beraya lagi tahun ni. Yang tak seronok poketku jua...hehehe kering kena pow la. Apa pun aku tak kisah la. First day sampai raya ketiga, rumah aku memang betul2 penuh dgn sanak saudara. Yelah, ramai anak² buah abah aku..yang duk jauh² semua balik jumpa mak ngan abah. Yang tak larat aku nak membasuh pinggan. Sudahnya aku beli mangkuk ngan cawan polisterine masa raya kedua. Sebab raya kedua selalunya dari pagi sampai petang umah aku memang penuh.


Nor Shireen Qistina

Aku sempat pergi beraya umah uncle² aku ari Ahad je..yang mana sempat. Mana taknyer..ahad tu kitorang semua keluar pagi² dan sampai ke petang baru balik rumah. Sembahyang pun singgah kat masjid je. Sib baiklah kebanyakan saudara mara belah abah semua kat Ipoh. Senangla sekali harung walaupun tak semua rumah kitorang dapat pegi. Anak² buah aku lak raya tahun ni semua sibuk nak naik keta aku yang kecil molek ni. Siap berebut² especially si Nana. Tu sib baik si Shireen tkde sekali...kalo tak tau la. Hmmm..nilah ragam anak² buah aku. Alahai...

Tuesday, September 30, 2008

.: Yeii..Yeii..Esok Raya ! :.

Lemang Yang Sudah Siap Nak Dibakar

Esok dah nak raya ?? Wah, rasa kejap je dah nk raya eh. Hmm...pejam celik pejam celik dah sebulan puasa. Pagi² lagi aku dah bangun sebab nak buat persiapan untuk raya esok. Bakar lemang dah jadi rutin tiap² tahun aku dgn abg aku membakar lemang. Macam biasa sekarang ni lemang jagung dgn lemang ala² claypot dah jadi juadah wajib. Tahun ni 8 batang lemang aku bakar. Sib baik abg aku cuti..so bolehla dia menguruskannya. Buluh lemang sekarang ni pun dah naik harga. Aku pun pelik...yelah sebab buluh lemang tu bukannya kena tanam pun. Amik kat hutan jer. Tu pun mahal, sampai RM 2.50 sebatang. Mahal..mahal..
Rendang Ayam Kampung

Tahun ni wat rendang ayam kampung 4 ekor..tu sebab kena guna kawah, senang nak mengacau nya nnt. Aku yang tak larat nak tengok² kan api, kot² padam. Kejap-kejap masuk dalam rumah, rehat jap. Dalam kul 3.00 petang barulah semuanya settle especially lemang..sebab kena betul² dah masak la...kang tak pasal pulak makan lemang mentah.
Berbuka hari terakhir di bulan Ramadhan dengan lemang, rendang ayam, daging kicap, sambal tempe, kuah kacang... tak sempat nak tunggu di pagi Syawal, kitorang dah belasah dulu. Ari last memang penuh la rumah aku dengan semua adik beradik, anak² buah..chewaahhh macam la semua duk jauh. Aku je yang duk jauh..yang lain semua duk dekat ngan umah mak aku. Apa-apa pun...esok dah raya weiii !!

Wednesday, September 17, 2008

.: Ronda-ronda Di KLCC :.

Sabtu lepas aku dengan Has ada appoinment dekat Wisma Central & Megan Avenue II. Fuhh..sib baik dekat dengan KLCC, tapi penat gak la nak jalan kaki. Settle dua² appoinment kitorang singgah KLCC jap, nak rest. Penat tu... Sementara tunggu Has masuk toilet Premier yang kena bayar RM 2 sekali masuk tu, aku snap la beberapa gambar yang menarik. Orang masa tu tak berapa ramai. Lepas je pusing² kejap kat KLCC, aku dengan Has terus p Sogo pulak sebab nak tunggu member² lain kat sana. Ada wat gathering berbuka kat sana.
Sekali tersnap gambar bangla la pulak

Ni amik dari atas

Gambar gerai² yang diambil dari atas

Gambar buluh..macam angklung lak

Gambar dari dekat..

Monday, September 15, 2008

.: Berbuka Di Shangri-La Putrajaya :.

Depan entrance Shangri-La

Jumaat lepas (12 Sept), aku dengan member opis pergi berbuka di Shangri-La Putrajaya. Saja nak berbuka bersama..it's for the first time. Kitorang sampai sana dalam pukul 6.00 petang. Duk lepak² kat lobby dulu, pastu lebih kurang kul 6 lebih barulah lepak di cafe pulak. Masa mula² tu, tak ramai pun...ingatkan takde orang. Pastu tak lama pastu, macam pesta lak. Ramai nya umat Nabi Muhammad nak berbuka kat Shangri-La.. Jamah la gambar² makanan kat bawah yer..


Kat cafe dgn Ck Aen

Depan fountain Shangri-La

Juadah berbuka kami

Tengokla..ada sate, ikan & ayam panggang

Lamb chop & chicken wings

Seafood..my favourite. Ada kupang, udang, daging bakar

Sedapnya cheese cake, chocolate cake nye manis sikit..kuih tako pun sedap