Lama sangat aku tinggalkan blog aku ni. Dah tak terurus. Macam² perkara yang terjadi di Bulan Julai. Yang masih tak boleh aku lupakan, pemergian arwah abah tersayang. Tak perlu aku ulas cerita mengenai arwah, sebab nanti mengundang duka dalam diri aku apabila mengenangkan yang arwah dah takde. Sebagai anak aku sentiasa doakan arwah abah ditempatkan bersama orang² yang beriman. AMIN.
Aku baru saja balik dari Labuan Ahad lepas. Ada mesyuarat dan beberapa program yang Jabatan aku buat kat sana. Especially Mesyuarat Tabung and Perasmian Pejabat Labuan. Ada beberapa perkara yang agak menjengkelkan di sana. Ntahla..malas nak citer kat sini. Sebab nanti hati makin sakit plak. Dah la p sana aku selesema..sib baikla ok takde demam or batuk yang kuat. Kat sana aku beli la souvenier berupa gelang² Kristal dan keronsang mutiara yang cantik. Hehehe..pastu poket pun kering. Hahahaha… Sempat aku beli ketam kat pasar sana..memang best giler. Sampai jer rumah aku terus stim ketam tu…sebab bila stim, rasa manis ketam tu lebih terasa. Bos lama aku yang ajar..maklumlah Cina memang suka makan stim camtu.
Ada gak borong cokelat untuk anak² buah aku yang comel dan kiut miut kat kampung. Nak beli gelang diorang kecik lagi..kang buat jahanam jer gelang² tu. Untuk yang boys pun dapat cokelat je la. Kat Labuan aku tak amik gambar pun…nak tau sebab per ?? Sebab takde mood la..memang tak besh p kali ni. Tapi pape pun aku sempat jumpa member lama kat sana…Rosmariati Agita Ero. Panjang giler nama dia.