Thursday, June 18, 2009

.: Inilah Aku :.


Balik dari Redang aritu, mood aku dah tak berapa bagus. Bukan sebab penat bekerja di Redang, tapi penat berfikir. Banyak sangat nk difikirkan..psl kwn², famili, abt life, hmm..mcm² la. Entahla..pegi keja pun mcm takde mood je skg. Tak tau lah...mungkin skg tak sama cam dulu. But life must go on. Keja tetap keja..hidup mesti sentiasa diteruskan. Yang pasti aku akan terus melangkah ke hadapan...

Wednesday, June 17, 2009

.: Futsal :.

Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.

Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Sejarah

Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

.: Badminton oh Badminton :.

Malam tadi team JTLM turun gelanggang untuk training badminton. Tengah² main ada satu group datang dan beritahu yang diorang pun main pada malam yang sama. Diorang dah booking lama and every Tuesday night diorang main. So, dah clash la...but after discuss dengan diorang so keputusan dah diambil. Kena gilir² main. Fair and square la. Cuma malam tadi yang tak bestnya baru je aku start main, baru pukul 4-5 kali, tangan aku tiba² jammed. Tak bole pukul, terus jadi cam longlai jer. Aku terus stop, kuar court minta Bita ganti. Aduhai, mmg sakit la. Terus sapu cream panas, lepak kat tepi. Nak pegang botol mineral pun tak mampu. Huhuhu..lepas rileks jap, aku ajak Anis ngan Bita balik. Sebab aku tak larat je rasa. So, drive balik pun tangan kiri je main peranan, sebab tangan kanan aku memang tak leh function time tu. Before balik, makan jap kat kedai mamak and terus balik. Pas solat aku terus tido bersama² tangan yang masih injured. Huhuhuhu...

Tuesday, June 16, 2009

.: Kenapa ? :.

Kenapa agaknya bila kita sedih
tak ada orang yang kisah
tak ada orang yang peduli
sampaikan kita rasa
dunia ini bukan untuk kita

Kenapa agaknya bila kita susah
kawan-kawan menjauh
kawan-kawan pura-pura sibuk
kawan-kawan bukan lagi kawan

Kenapa agaknya bila kita suka
ada yang iri hati
tidak puas hati
cuba menyakitkan hati
pura-pura baik untuk sedapkan hati

Kenapa agaknya
bila kita tanya kenapa
mereka tidak menjawab dengan rela
sebaliknya membalas dengan kata-kata
kau peduli apa ?

Kenapa agaknya
insan begini wujud
dalam hidup kita
yang semakin kelam
semakin hiba

Kenapa..kenapa agaknya ?

.: Sepi :.

Baru balik dari Pulau Redang atas urusan kerja. Ceritera di Pulau Redang akan menyusul kemudian. Masuk kerja bos takda sebab cuti. Seronok la jugak. Sempat pergi buat pasport di pejabat Imigresen Kajang..sebab member ckp yg kat Putrajaya punye opis tak leh buat pasport. So, pergila ke Kajang. Time bos takde la nk buatnya. Jam 4.30 aku dah kuar opis sebab rasa a bit tension wiv one of my colleague. Entahla...susah nk ckp. Balik umah, solat, mandi pastu kuar balik sebab nk p opis jap. Ada benda tertinggal.

Pas Maghrib aku kuar sebab ada training futsal kat cyberjaya. Pergh..dah berbulan2 tak main sejak aku duk Putrajaya, akhirnya dapat gak turun padang. Penat? Tak payah cakap la... tapi okla tak teruk sangat. Puas sangat sebab dapat score 3 gol. Perghh...besh2. Lama tak main dengan group Shah Alam. Entah bila nak main lagi ngan diorang.

Lepas main bos pun sampai, agaknya nak tengok kitorang perform kot. So, semua dah penat tengah rileks suh bos belanja minum. Apa lagi lepakla kat kedai mamak singgah minum. Aku pesan tose ngan milo panas sebab lapar plak.

Dekat pukul 12 malam baru sampai umah. Pas mandi and solat Isyak, tengok tv jap. Pastu siap tempat tido..landing time. Sempat tengok hp buat kali terakhir before tido. Hmm..takde pun sms dari dia..tiba-tiba rasa sepinya tanpa berita dari dia.

Monday, June 15, 2009

.: Rindu :.

Rindu..
tak mengenal usia
tak mengenal paras rupa
tak mengenal siapa dia
yang kau rindu itu
bukanlah dia yang selalu
bertakhta di hatimu

Mengapa resah itu
kian menggamit di lubuk hati
kerna tak mungkin nanti
ia kan lenyap dibawa bayu
yang merentas lalu di ufuk timur

Pergilah kau wahai rindu
yang sering mengganggu
mindaku yang semakin bercelaru
kerna tak mungkin ku bisa
lontarkan rinduku
pada sang bulan
yang mungkin tiada kelihatan